Thursday, November 26, 2009

Di Balik Cermin Mimpi

Aku tak pasti di negeri lain, tapi di negeri Sembilan, bila tiba Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidilfitri, akan ada acara 'bantai' atau menyembelih lembu secara besar-besaran untuk dijual dagingnya. Jika dalam perjalanan balik ke Kuala Pilah, sepanjang jalan, terutama dikawasan Tanjung Ipoh, berbaris-baris kedai menjual daging lembu. Merah tergantung daging-daging yang sedia untuk dilapah dan dijual.

Aku percaya, jika turun Sang Harimau dari Gunung Angsi dan melintas di Tanjung Ipoh, nescaya Sang Harimau akan melompat memeluk tiang lampu kerana teramatlah hairan dan terperanjatnya beliau melihat kelakuan manusia yang lebih 'gila' membaham daging. Sangkaan Sang Harimau selama ini, hanya beliaulah juara makan daging. Selama ini hanya beliaulah yang tersangat angkuh dengan kekuatannya mematahkan tengkuk binatang lain untuk dimakan. Tatkala melihat manusia-manusia lebih buas membaham daging, maka Sang Harimau pun akan terus lari meninggalkan Gunung Angsi dan mendaftarkan dirinya secara sukarela ke Zoo Negara.

Aku hanya mempersediakan diri secara fizikal dan mental untuk aktiviti membelah lemang, makan rendang dan sup gearbox. Pada raya kedua, aku nak jogging di Kuala Pilah. Sementara itu, jangan lupa kisah dan tauladan dari peristiwa korban ini dan perbanyakkanlah takbir, memuji dan bertahmid. Insyallah.

LKNY mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ADILADHA dan selamat memandu.

Monday, November 16, 2009

Jadi penagih kerana ikut kawan-kawan.

Di bangunan pejabat baru, semuanya serba baru dan berseri. Kecuali perkhidmatan internet yang sangat slow, kelajuan internet dan jumlah pengguna langsung tidak bersesuaian.

Lebih menarik, pihak HR mengarahkan kontraktor bodoh piang yang menguruskan hal-hal internet / networking untuk memblok fesbuk, Youtube, P2p, proxy blabla dan sebagainya.
Ini kerana pihak HR mendapati (dengan dibantu oleh kuncu-kuncu/spy/talibarut/anjing kompeni) ramai perkerja asyikkkkk berfesbuk. Dari budak pejabat sampai la ke Senior General Manager. Tapi aku tidak tergolong dalam 'fesbuk addict'. Aku biasa-biasa je. Layan fesbuk bila lapar.

Maka tindakan HR boleh dianggap bagus.

Mula-mula hidup tanpa fesbuk di pejabat sangat mengerikan. Macam penagih tak dapat 'barang'. Menggigil badan. Ada staff perempuan kene histeria. Seorang manager ugut terjun dari tingkat 18. Akauntan dan jabatan kewangan asyik menhantar report kewangan yang salah dan sebagainya. Semua bahana tak dapat 'barang fesbuk'.

Seorang eksekutif pemasaran, kerana terlalu gian, sanggup mengupdate status diri sendiri dengan menulis dikertas A4 dan gantung dileher. Gila tak? :P

AKu steady aje. Kerja-kerja yang selama ini asyik lewat aku selesaikan, kini sentiasa siap. Boss bagi kerja pagi, sebelum lunch aku dah pulangkan balik. Yelah..dah takda benda nak buat. Aku buat la kerja. Sampai aku dah takda kerja nak buat (sebab semua dah siap!)

Sampai la datang Ayob Kelubi bagi jalan bagaimana nak berfesbuk walau kene blok. Aku yang hampir sehat dan insaf serta ingin kembali kepangkal jalan kini kembali menagih 'barang' di fesbuk. Aku berhenti bertaubat!

Terima Kasih Ayob Kelubi!

Tuesday, November 10, 2009

LK update




Dah lama aku tak update blog. Asyik dengan blog sokernet je. Bagusnya aku tak perlu cerita pasal bola lagi kat sini. Bolehla aku hanya bercerita pasal aku dan Layla Kathija.

LK masih lagi bercerita tentang tuhan. Kenapa tuhan takda tangan? Kenapa tuhan tak tidur? "Ayah kata tuhan is great? macam great job tu ke ayah?". Entah apa la yang diajar kat Taska tu. Buat masa sekarang ni, aku tak perlu report Jais lagi, nak bertanya tentang tauliah mengajar. Masih lagi dalam kawalan.

Aku juga ada belikan LK sepasang jersi dan seluar Manchester United. Tapi setiap kali aku nak pakaikan,dia tak mahu. "Layla girl, bukan boy!" dia kata. LK hanya nak jadi princess aje.

Masa pergi Pasar Payang kat KT dulu, aku ada beli rotan untuk LK. Cukup berbaloi. Sekarang ini, kalau dia degil aje, aku akan berdiri nak capai rotan, dia pun terus insaf. Malas mandi? capai je rotan, dia berlari la ke bilik air. Rotan itu berjaya mensaiko dia. Aku tak perlu rotan pun, hanya capai aje. Sian dia.

Ofis baru ni pulak, mana punya malaun pandai sangat ke badigol sangat, dia pergi bloknya fesbuk, youtube dan social networking lain. Gila bosan!

Apapun, Jang dah jadi Juara Piala Malaysia. Berbaloi aku pergi Bukit Jalil.

Wednesday, October 28, 2009

NoiseLK

Seperti biasa, dalam kereta, lepas ambil LK dari taska.

LK : "ayah, tuhan tu kat mana?"

Aku : "tuhan ada dimana-mana"

LK : "kat pokok ada tuhan tak?"

Aku : "tuhan tu kat atas sana" jawab aku sambil menunjuk ke langit.

LK : "Oo..tuhan dekat cloud ye... dah lama tak jumpa tuhan!"

Aku beristigfar laju-laju.

Tuesday, October 20, 2009

Kelaut wei!

Aku baru balik dari short trip (bersama 27 orang lagi) ke Kuala Terengganu merangkap menghantar adik Pidda kawen. Inilah first time aku pergi Terengganu. Punyala jauh! Patutla orang-orang belah sana dan juga Kelantan balik kampung setahun sekali. Tak macam aku yang balik kampung sebulan sekali (kenkadang 2x) phew! berdiri aku tekan pedal minyak, jam 5 pagi baru sampai Kuala Terengganu.

Yang menarik, jalanraya ke Kuala Terengganu sangat baik. Aku boleh memandu dengan laju dan selamat.

Aku bermalam (walau sampai jam 5 pagi) di Teratak Samudera Kita di Batu Rakit. Pergi kenduri kawen, Masjid Kristal ( monumen tinggalan terakhir islam hadhari) makan keropok lekor di Losong dan bermalam di Sumai hotel& apartments (thanks to Ammosham!) Malamnya Ammosham bermurah hati belanja aku makanan laut di pantai kelulut. Markah penuh untuk Belia Terengganu!

Esoknya semua ahli rombongan singgah ke Pasar Besar Payang untuk melunaskan dendam kesumat ahli wanita untuk membeli kain batik,toto, periuk, kaftan dan sebagainya. Masa satu jam yang diberikan jelas tidak mencukupi, semuanya masih belum puas dan insaf bershopping, tapi perjalanan masih jauh. Jam 10.30 pagi, kami pun bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Sampai di Kemaman jam 1 tengahari. Kami singgah di kopitiam terbaik di Kemaman untuk lunch. Kopitiam Hai Peng. Pakcik-pakcik dan makcik2 pada mulanya nampak was-was untuk singgah makan. "apo makan kodai cino ni?" ngomel seorang makcik. Tapi akhirnya semua berpuashati makan nasi lemak/nasi dagang/roti bakar dan sebagainya sebelum meneruskan perjalanan semula ke Kuala Lumpur.

Sampai Kl, semua benda jadi bosan kembali.

Gambar akan upload di fesbuk suatu hari nanti.

Tuesday, October 13, 2009

Pindah

Aku berpindah pejabat.
Masih sibuk bukak kotak dan set up equipment dan blabla.
Internet masih lagi bawah par

Malas.

Thursday, October 01, 2009

Hari Raya Aidilfitri 2009

LK salam Atuk&nenek dia 2 kali.... 2 kali nenek dia kene bagi duit raya.

Salam Nenek...

Terima kasih Nenek...

Salam Atuk...


"Ayah, kalau bunga tu flower, kenapa bunga API?" - soalan cepu emas LK sebelum mula main bunga api.


Sejuta lagi gambar dalam komputer dan fesbuk.

Wednesday, September 16, 2009

Siput Almond London

Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya.
Zaman dulu, para Sahabat menangis kerana sedih mahu berpisah dengan Ramadhan.
Begitulah indahnya Ramadhan pada mereka yang menghayatinya.
Semoga kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

...........................................................................

Aku suka Hari Raya.
Adik beradik balik dan berkumpul bersama di kampung. Anak buah aku akan berkumpul mengikut kategori umur. Yang remaja lelaki, muka jem sikit, sebab mereka tak suka duduk kampung lama-lama. Takda playstation atau aktiviti KL mereka. Yang lelaki dan masih bersekolah akan buat akitiviti curi-curi mandi sungai. Yang perempuan akan duduk bilik bergossip dan apabila tetamu datang,aku akan paksa mereka siapkan air dan serve kuih, basuh pinggan dan blabla. Mereka juga akan jem. Yang kecik-kecik berlari, bermain pasir dan bergaduh. Kejap-kejap ada yang menangis dan ada yang datang buat report. Yang bahagian ini,aku selalu kene monitor. LK termasuk kategori ini. Main pasir tak ingat makan. Kadang-kadang aku menjerit. Kadang-kadang aku sergah. Selalunya aku akan rotan. Pokok bunga memang jadi bahan buat kek la bagi kategori ini.

Untuk rekod, aku ada 37 orang anak buah yang berumur 2-3 bulan hingga ke 20an.

Di Hari Raya, perut tak pernah merasa lapar. Memanjang makan aje. Kesian perut. AKu selalu takleh nak kawal. Lepas makan, lalu meja makan, makan lagi. Tapi, aku perhatikan banyak kuih old skool dah takda. Diganti dengan kuih-kuih moden yang lebih mudah membuatnya (membelinya) Maruku pun ada dihidangkan. Bukan sebab semangat multi racial atau 1Malaysia. Sebab mudah dan murah. Aku tak makan muruku atau kerepek waktu raya. Apa kelas! Kerepek tiap malam ada makcik jual kat uptown. Tak payah tunggu raya. Muruku dan kacang juga.
Mana kiuh siput?

Tapi buat kuih old skool memang payah, lama dan memakan tenaga. Rasanya tak la sesedap biskut almond london.

Persediaan raya aku ala kadar aje. Aku shopping sampai insaf! Semua baju LK dan omaknya aje. Aku tak reti beli baju raya. Baju melayu terakhir aku tempah ialah baju kawen. Aku tak amalkan konsep sedondon dipagi aidilfitri. Pidda hangin je. Tapi aku memang kedekut pada diri sendiri. Janji LK dan omaknya cukup pakai raya ini sudah. Kalau aku dapat sehelai jersi away Manchester United kaler hitam, hari-hari Hari Raya!

Okla..aku sebenarnya takda mood sangat ini. saja update sebab line clear kat opis, suratkabar pun dah habis baca.

Friday, September 11, 2009

Layla Kathija a.k.a Minah

LK potong rambut pada puasa pertama lepas di Batu Kikir.

Sayang pada rambutnya yang panjang, tapi Pidda paksa gunting.

Malu-malu bila bergambar. Kat Taska bersama projek Merdekanya.

Tuesday, September 08, 2009

Buku Hijau

Industri Asas Tani negara jika betul cara promosinya, pasti akan menjadikan negara kembali hijau.
Pandangan umum mengatakan bertani hanya untuk golongan tua dan lapuk adalah tidak benar jika 'kegilaan' bertani golongan muda sekarang diambil kira. Jumlah import sayuran, buah-buahan serta daging negara pasti dapat diturunkan dengan mendadak.

Apa yang perlu dilakukan ialah merealisasikan azam anak muda dengan kegilaan bertani sekarang.

Seminggu pertama puasa, Pidda tak sehat, demam dan jangkitan pada paru-paru, so dia duduk hospital. Tiap malam aku melawatnya. Satu malam, dia pesan kat aku..

"tolong masuk fesbuk i, anggur i dah masak dah tu.. blablabla... dah mati agaknya..dah lebih 24 jam blablabla..tolong siram blablabla.. waaaaaaa... i nak balik rumah berkebun!"



Jangan harap gua nak layan game kat komputer!

Thursday, September 03, 2009

Vocab gaya Layla Kathija 2

Row, row, row your boat
Gently down the stream.
If you see a crocodile,
Don't forget to scream.
AAaaaa!!

Aku pertama kali dengar version ni. Aku suspek taska dia la mengajar ni. Ianya lucu. LK siap jerit "aaaaaaaa!!"

Pagi ni aku google... dan patut la lucu..ianya versi Mr. Bean! dan ada beberapa version lagi rupanya lagu Row Row Your Boat ni.

Monday, August 31, 2009

10Ramadhan

Puasa mengajar kita tentang kesabaran.
Bulan Ramadhan tidak sama dengan bulan-bulan lain, maka teramat rugi kalau kita tidak mengambil kesempatan untuk melipatgandakan amalan kita dibulan ini.

Saya hanya menasihatkan diri saya sendiri.

Wednesday, August 26, 2009

Param pam pam!

Aku pergi Param depan rumah petang semalam.
Adala dalam 10 ke 15 kedai. Mini Param la.

Keseluruhan makanan, kategori B atau C la. Kategori 'nampak pun dah tak sedap,inikan pula rasanya'. Aku tak berbelanja banyak. Lagipun mahal.

Murtabak saiz wallet Rm2 satu.
Satu jag air tebu RM3.50
Roti John RM3 satu.
Itu aje yang aku beli.

Aku tak mahu beli banyak. Masa berbuka nanti, semua nampak macam sampah dan memang terus ditongsampahkan. Aku tak support peniaga yang aku rasa mengambil kesempatan diatas kegeraman nafsu pembeli yang akan beli apa sahaja walau peniaga membuatnya dengan kaki sekalipun!

Gadis-gadis Kolej Jururawat Mahsa yang berseluar pendek dan baju ketat juga membuatkan aku cepat mahu tinggalkan Param tersebut. Kalau dengan duit pun aku berkira, inikan pulak dengan pahala puasa! ecewah!

Monday, August 24, 2009

Vocab gaya Layla Kathija

Dalam kereta, ketika memandu balik ke rumah dari Taska;

"Ayah, Layla nak aiskrim macam Balqis tu.." (merujuk kepada Balqis, kawan dia kat Taska tadi)

"Kan Layla batuk,mana boleh makan aiskrim" aku jawap.

"ala..nak la ayah" degil..

"aiskrim tak boleh! ayah beli 'snek' lain, ok?" aku tegas dalam memujuk.

"Hey ayah, kita mana boleh makan 'snake' la!" jawapnya gembira kerana dia fikir aku baru buat lawak.

Aku meneruskan perjalanan dengan mata berkaca.

Saturday, August 22, 2009

1Ramadhan

LKNY mengucapkan Selamat Berpuasa dan beribadah kepada semua pembaca.
Bersyukur kerana dipanjangkan umur bertemu dengan Ramadhan sekali lagi.

Semoga mendapat keberkatan Ramadhan.

Thursday, August 20, 2009

sokernet

Samada anda peminat Manchester United, Arsenal, Chelsea atau mana-mana pasukan yang belum pernah memenangi EPL. Pernah tersingkir atau sebagainya...Suka membaca hal-hal bolasepak dan tabah menerima hentaman kritikan pengulas, sila lompat ke blog http://sokernet.blogspot.com/

"saya suka sokernet, sebab ianya mudah, muda dan cantik" - Arsene Wenger.

"di sokernet, ulasan didahulukan, kemenangan, tengok rayuan la.. ref sepatutnya bagi..." - Rafa Benitez.

"Kami yakin akan menang epl tahun ni!" - Ballack (tak paham bahasa, tanya lain, jawap lain!)

Tuesday, August 18, 2009

up2date

1Liverpool.


Penalti didahulukan...

Friday, August 07, 2009

update

bzbzbzbzbzbeees.

1. pergi workshop photografi yang dianjurkan oleh tempat kerja Pidda, kelolaan Amri Ginang.
2. belajar photoshop sendiri. mencabar dan menyakitkan hati. 3x karate monitor.
3. pidda kritik kualiti gambar yang gua ambik paling buat gua menyinga!
4.LK kadang-kadang buat perangai. Baru-baru ni,kat The Curve, dia kencing dalam sebuah kedai roti. Terus aku senaraihitamkan kedai tu. Nak makan roti, kene pergi kedai lain.
5. toskin,tesauran dan tisker = stokin, restoran dan sticker. LK ada beberapa perkataan yang masih salah sebut, tapi aku biarkan. perkataan lain dia ok.
6. Pidda eksiden kereta tiap minggu. yup. TIAP MINGGU.
7. Kenapa la susah sangat nak fahamkan orang yang - menahan orang tanpa bicara itu - tak cool.
8. Demo cool.
9. Pergi Melaka. Naik bot sungai Melaka dan beca. Kenapa beca Melaka mesti dihias sebegitu rupa? dan mestikah nak pasang lagu??? argh! nway..bot ride tu bagus, walkway belakang kedai mengadap sungai juga bagus. cuma kurang aktiviti.


10. Aku merancang nak adakan satu demo besar-besaran depan Astro Bukit Jalil. Naikkan harga untuk sport package! aku nak hantar memorandum kepada KJ. KJ caya sikit. Ada chance tindakan akan diambil. Lagipun demonstrasi melibatkan KJ tak diganggu polis. Kita jangan biarkan Astro naikkan harga package sesuka hati!

Friday, July 24, 2009

Dimana patriotik dalam sukan bolasepak?

Aku dapati ada beberapa komen di fesbuk dan juga blog memperkatakan tentang semangat patriotik pada perlawanan antara Manchester United vs. Malaysia tempoh hari.
Mereka mempersoalkan dimana penyokong Malaysia dan kenapa hampir 85,ooo manusia yang hadir hari itu menyokong Manchester United.

Aku tak faham kaitan patriotik dengan semangat kesukanan, sekurang-kurangnya dalam kes bolasepak Malaysia dan Manchester United la.

Tapi, sepanjang aku berada 3 hari di Bukit Jalil menyaksikan perlawanan bersejarah hari itu, aku mendapati sokongan kepada pasukan Malaysia sangat padu. Cuma takda la seorang pun manusia menjerit bila nama Amri Yahya disebut oleh MC, berbanding dengan nama Rooney. Tetapi apabila Amri Yahya menjaringkan gol, kekuatan decibel jeritan penyokong adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan sorakan ketika Rooney score.

Aku tak nampak langsung isu patriotik dalam kes Man Utd vs Malaysia. Apa yang aku nampak ialah semangat kesukanan yang tinggi antara pemain dan penonton dan semua berpuashati dengan perlawanan yang berlangsung. Muhibbah jangan cakap la, berbagai bangsa dan agama ada.

tak sampai 10 orang pakai baju kuning Malaysia

Daripada pemerhatian aku juga, 100% penyokong Manchester United yang hadir malam itu memakai jersi asli buatan Nike sementara 90% penyokong Liverpool di Malaysia membeli jersi palsu 'Made in Siam' yang tertulis 'Liverpool FC' di bahagian tengah jersi, bukannya 'Carlsberg!'

Tapi, itu cerita lain. Itu cerita 'marketing', Islam Hadhari dan sebagainya.

Tuesday, July 21, 2009

Manchester United masih disini.

Aku bersyukur tinggal di Malaysia. Setakat ini belum ada kejadian meletupkan bangunan gaya terrorist. AKu sedih dengan apa yang berlaku di Jakarta, juga apa yang berlaku didalam negara ini, secara politiknya. Terlalu berat untuk aku memikirkannya dan siapa aku untuk mengolah pertikaian fahaman mereka semua.

Terlalu kejam apa yang berlaku di Jakarta. Banyak nyawa tak bersalah (bukan tak berdosa) hilang. Apapun, ada hikmah disebalik semua itu.

****************************

Perlawanan ke 2
Manchester United 2 - 0 Malaysia.

Aku tak merancang nak pergi sangat sebenarnya game ke 2 ini, sebab penat dan Pidda balik keje lewat. Jam 7.30 malam, baru kitaorang sampai rumah. Kepenatan, aku bukak TV channel 811. Perlawanan ulangan sabtu lepas berlangsung di TV. Setelah tengok sampai minit ke 84, Owen score, terus aku dan Pidda set, nak pergi Bkt. Jalil lagi sekali! Gila!

8.20 malam, aku baru masuk Penchala Link. LK akan saksikan perlawanan bolasepak pertamanya secara live, dan perlawanan pertamanya adalah antara MU dan Malaysia! Aku tak nak naik tren sebab ada LK, jadi aku bawa kereta, Aku juga yakin, traffic ok, stadium tak penuh dan parking juga akan ok. Sabtu lepas, dari utara sampai selatan orang datang, Hari isnin ni, peminat sekitar Selangor saja la yang larat pergi.

Dari Penchala Link, aku masuk Kerinchi Link, keluar Federal Highway, masuk Cheras Highway, melompat ke Sg Besi dan sebelum sampai Tol Sg. Besi aku menyusur keluar memasuki Kesas Highway terus parking di pintu utama Stadium Bukit Jalil. Tak sampai 20 minit. Ketika aku berjalan diluar stadium ke kaunter tiket, aku dengar penonton bersorak setiap kali nama pemain United disebut. Makno eh, game bolum start lagi. phew!

Beli tiket dan aku jumpa kawan aku dari Sedaka Tengah, MR Pon, kami pun masuk. Amri Yahya dengan satu kaki memijak bola, satu tangan cekak pinggang dan satu tangan lagi melambai kat aku. Pengadil pun sama, aku angkat tangan balik dan angguk kepala, lalu wisel ditiup untuk sepak mula.

Scholesy warm up

Giggsy ambik tendangan sudut.

Aku duduk ditepi goal post sebelah Malaysia. Jadi setiap serangan Man U, aku dapat saksikan dengan baik. Permainan pula berat sebelah, Man Utd lebih banyak meyerang, macam main separuh padang. Sesekali ada juga Malaysia cuba membalas serangan, TETAPI TIDAK!
Barisan pemain Man Utd nampaknya seperti langsung tidak mahu memberi peluang kepada Malaysia. Mungkin mereka sudah mendapat rehat yang cukup berbanding sabtu lepas-masih jet lag kerana baru sampai atau Pak Alex hangin dengan kenyataan Amri Yahya dalam suratkabar ahad lepas berbunyi ;

"Saya tahu gaya Van Der Sar" - Amri Yahyah.

Gandingan Carrick, Fletcher dan Giggsy menguasai sepenuhnya bahagian tengah padang. Gandingan pertahanan Malaysia pula kelam kabut menangkis serangan. Fletcher nampaknya
berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Malaysia. Begitu juga Macheda. Hasilnya, pada minit ke 10 dan 13 Macheda dan Owen menjaringkan gol. Jika tidak kerana ketenangan Zamani, kapten Malaysia bertahan, mau banyak lagi bolos Malaysia.

Aksi selepas jaringan Macheda

Giggsy melakukan dribble-nya yang megujakan 40 ribu peminat Manchester United yang berbaju merah menjerit kepuasan. Layla Kathija tepuk tangan gembira. Feltcher pula menolak AMri Yahya kerana tackle keras dan Rooney membentes keras seorang pemain Malaysia. Sepatutnya Rooney kene kad kuning kerana aksi kerasnya itu, tetapi pengadil meneruskan permainan. Rooney juga menolak keeper Malaysia kerana ketika merebut bola tinggi, siku penjaga gol telah terkena telinga Rooney, lalu Rooney bengang dan menolak bahu Mohd Farizal Marlias. Aku teruja dengan aski rudeboy-nya itu.

Malaysia melakukan beberapa serangan dan percubaan merbahaya disaat-saat akhir perlawanan. Ben Foster terpaksa berkerja keras menangkis percubaan Malaysia sebelum pengadil meniup wisel tamat.

Aku tak tunggu sehingga pemain United habis 'warming down' sebab LK dah melalak nak balik!! Ubat penenang (ais krim dan burger) yang aku bagi masa half time tadi nampaknya dah habis kesannya.
(Bila aku kunyah burger yang dijual di stadium, rasanya saling tak tumpah macam kunyah kadbod)

**********************************

Aku puashati dapat ke stadium 3 kali. Jumaat, sabtu dan isnin. Bukan selalu pun Manchester United datang Malaysia. Inilah masa nak tengok Giggsy, Scholesy, Neville, Van Der Sar dan yang lain kerana mereka ini bakal bersara. Akan datang, Man United datang Malaysia , Giggsy semua tu dah tak main lagi. Aku lihat Scholes dan Neville diwaktu mereka baru masuk pro dan diakhir zaman pro mereka jadi aku rasa sangat emosional. (tak habis emosional dgn Man united!)

Menambah emosional aku, botol air aku bawak kene tahan dipintu masuk stadium sebab penganjur nak penonton beli air dari sponsor mereka sahaja.

dan, tolong jangan tak percaya, bila MUTV interview aku selepas game, Pidda lupa nak snap gambar sebagai bukti, sepanjang memandu ke rumah aku hantuk kepala kat stereng tanpa henti.

Arghhhhh!!! aku emocore!


Krew MUTV yang tiba-tiba halakan kamera kat aku dan tanya "so,what do u think about the game tonite?"

Gembira dapat makan nasi lemak stadium!



Lagi berita bergambar di fesbuk! (lum upload la.. )