Tuesday, May 15, 2007

Sembilan...Sembilan...sembilan!

Juara MAN-HUNT 1994 Perlis dengan soalan berapi "sedap yer dadah ni bang?"

Rancangan kegemaran aku ialah 999 (sekarang la..dulu tak ambik pot pun!)

Diterbitkan TV3.Rancangan bercorak mengupas kejadian-kejadian jenayah di Malaysia.Selalu aku tengok pengacara rancangan tu ikut bersama-sama polis membuat serbuan.

Serbu rumah pelacuran.
Serbu kawasan sawit difelda mana ntah..carik penagih.
Serbu tempat perjudian.
Serbu disko lepas tu tangkap remaja ponggit makan 'bijik'....

Bagus rancangan ni...aku suka.

Pengacara gemuk berkerak di tengkok tu (kawan aku AmatSusu namanya-dia yang cakap! Amat Susu ni satu tempat pengajian dengan mamat pengacara tu dulu2) memang seorang yang suka menonjolkan dirinya sendiri.Mat kepoh yang suka gadis,tapi gadis tak suka dia.

Dalam satu rancangan 999 ni,pengacara ni suka menginterview orang-orang yang ditangkap lah.

Tanya orang macam polis!! macam bagus!!

..member aku kata,kalau dia lah yang kene tangkap dan lepas tu,kene lak interview depan kamera kat pengacara gemok tu,dia akan pastikan menjawab soalan2 tu dengan penampar!

So,sekarang....pengacara gemok yang suka pakai 'porch beg' berbagai design tu (ikat kat peha pun ada!!) sudah la kantoi makan apa ntah (dadah ler)....dekat polis JB di sebuah disko jam 2.45pagi.

wah! hebat!

Aku ingat dia IO tak kene tahan....ingat dia 'kebal' undang-undang...rupa-rupanya tidak!

Padan la muka kau MAZIDUL AKMAL SIDIK!

Hmmm...aku boleh bayangkan dalam rancangan 999 minggu depan..dia akan bercakap....

"seorang pengacara popular (saya la tu) sebuah rancangan terbitan TV3 telah ditahan polis disebuah disko di JB kerana disyaki mentedarah dadah jenis methamphetamine...kita ikuti laporan ini...."


Suka sangat kantoikan orang..sekarang sindri kantoi la encik!!! Ambik obat!!

Abang-abang polis yang dah penat buat serbuan atas arahan pihak atasan untuk rancangan 999 mesti lega....ni tak..asik kene buat operasi aje..semua untuk mazidul shooting!
Tak pun,semua ini adalah sumpahan mat-mat gian JB (bawah terowong keretapi),mat-mat gian felda...mat rempit seluruh negara dan sebagainya.

Sembilan...sembilan...sembilan!!

*Masih dalam siasatan dan mahkamah belum memutuskan samada dia bersalah atau tidak.



4 comments:

Ahmad Kamal Abu Bakar said...

Susu apa cerita kot? Dah kawen? lol.

jorji said...

Susu sudah kawen,tapi masih jadi romeo.Kelemahan dia ialah perempuan cantik...kegemarannya juga perempuan cantik...bila kelemahan itu kegemaran, habislah! hehehe.Susu rules!

Ahmad Kamal Abu Bakar said...

Yeah man! Susu rules! Dia kawen dgn sapa kot? Itu awek lama?

Syok kacau dia main. LOL!

Anonymous said...

PADAN MUKA MAMAT 999 2...BARU DIA TAU LANGIT 2 TINGGI KE RENDAH..EKEKEKE!!!

TP BIAR LA DIA NK KENA ICE...GEMUK NK JD NK KURUS LER 2!!