Friday, March 27, 2009

"It seems to me that we all look at Nature too much, and live with her too little." kata Oscar Wilde

Aku baca memo yg ditampal di dinding lift dengan bengang.
Terus rosak mood pagi aku dan juga mood environmentalist ciptaan media yang singgah di dalam jiwa.


AKu bercadang nak ikut sekali menutup lampu,selama sejam, esok malam untuk melawan global warming. Gimmick ciptaan media kata seorang penulis di The Star. Aku nak lihat keadaan bumi dalam kegelapan malam. Walau tak berapa nak gelap,kerana aku yakin lampu jalan tidak akan di tutup. Juga aku berminat nak melihat berapa ramaikah manusia di kawasan sekeliling yang mahu ikut sekali menutup lampu. Adalah mereka peduli?

Menutup lampu selama sejam hanyalah simbolik saja. Permulaan kepada satu perjuangan menentang keganasan global warming. Apakah global warming? kenaikan suhu bumi, lebih kurang. Apakah earth hour? bagaimanakah dengan menutup lampu dan semua peralatan elektrik dapat membantu atau mengurangkan global warming? kalau rajin google, banyak jawapan kita boleh dapat. Semua 'gimmick' ini bertujuan untuk meningkat kesedaran penduduk bumi tentang global warming, climate change and the blabla.

Aku yakin dengan kebijaksanaan manusia pembaca blog ini.

Tapi aku kurang yakin dengan 'kebiasaan' penduduk Malaysia. Ramai yang akan menutup lampu, tapi berapa ramaikah yang akan betul-betul sedar tentang global warming selepas jam 9.30 malam sabtu ini,esok harinya, minggu depan, sepanjang tahun? Mungkin tak ramai. Itulah yang dimaksudakan dengan gimmick media. Sekejap aje. Sedangkan perjuangan menyelamatkan bumi menentang global warming perlu berterusan dan agresif.

Aku telah dan akan terus melakukan bahagian aku untuk mengurangkan global warming.-Aku tolak idea Pidda untuk pakai 2 kereta kerana global warming-AKu kurangkan aktiviti berkereta hujung minggu kerana global warming-AKu gunakan HP solar system kerana global warming- Aku pakai "uncomfortable shoes 'cause of globalization", aku dengar Franco Un-American dari NOFX kerana global warming-Aku tutup suis TV dan ASTRO kerana ASTRO memang jahanam tak guno, hujan takdo pun takda siaran jugak!- Aku tak pasang air cond sebab ianya menyumbang kepada penipisan lapisan ozon - AKu tak tengok perhimpuan UMNO kat TV kerana aku seram dengar jeritan manusia yang menang dan kalah- mereka adalah perkerja politik yang tak peduli tentang global warming. Banyak lagi la.

Aku nak tutup lampu malam esok tapi Memo di dinding lift benar-benar menghancurkan semangat perjuangan aku.

PEMBERITAHUAN
GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK DARI 8.00 PM HINGGA 12.00AM
PADA 28 MARCH 2009 KERANA KERJA-KERJA MEMASANG KABEL BARU TNB
DI KAWASAN SEKITAR MUTIARA DAMANSARA.
KESULITAN AMAT DIKESALI.
TERIMA KASIH.


Terima Kasih TNB. Sungguh murni perjuangan mu.

11 comments:

al razy said...

btw..
AF7 besok..
mari kita lihat..penduduk malaysia lebih sayang bumi atau AF..haha

^arween^ said...

mak aku dh plan
lampu tutup
tp tv bukak die nak tgk AF
muhehehehe

pipiyapong said...

Gua sehari dua ni sibuk repair lampu bilik gua semata-mata nak tutup lampu malam esok. Nasib baik lampu bilik dah ok semalam lepas ketuk-ketuk suis.

Huzaiba Baharuddin said...

tak sangka, ramai organisasi besar yang menyokong Earth Hour. Byk juga syarikat penyiaran akan memegunkan siaran mereka. Cuma hanya sejam. Aku pandang anakku sedang tidur... bagaimanakah kamu akan mengharungi bumi ini yg semakin merekah...

kruel74 said...

Tutup lampu, tidur, lagi best... pakai kain, tak yah baju, cam kat kampung...

Cosmic_GurL said...

My office dah start tutup lampu for 2 hrs today during lunchtime...balik jer from lunch i tengok lampu toilet bukak tapi takder org..hampeh!! manusia ni kejap jer ingat..lepas tu lupa..i paling pantang org kuar toilet tak reti tutup lampu...

Rambo said...

at least do our part. Them? biarkan...relevannya pada diri kita juga. ;)

aedie azrul said...

adeh...
PEMBERITAHUAN
GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK DARI 8.00 PM HINGGA 12.00AM
PADA 28 MARCH 2009 KERANA KERJA-KERJA MEMASANG KABEL BARU TNB
DI KAWASAN SEKITAR MUTIARA DAMANSARA.
KESULITAN AMAT DIKESALI.
TERIMA KASIH.

ni tnb mmg betul support.

Q said...

hahahaha...anti climax btul... x per... yang penting niat lu murni...

j or ji said...

al razy : mereka sayang aznil nawawi.

arween : nasib baik takda game!

PP : takkan orang bujang lepak rumah jam 9 malam minggu? :)

Huzaiba : Kita kene selematkan bumi utk anak-anak semua.takda pilihan dah.

Kruel : KL memang paneh!!

cosmic gurl : Kepantangan kita sama!

Rambo : mereka hanya support event yg support survival mereka.

aedie : hehe.. gurau aje la..

Q : gua sebenarnya tak beberapa nak sesuai dgn event camni...

hegira said...

ji. bukan aznil lah. AC mizal. AC MIZAL beb!

tapi aku rasa astro takde siaran masa hujan atau angin kencang itu memang disengajakan atas dasar prihatin pada alam sekitar dan pemanasan global.

ok. aku tipu.