Tanpa usaha mereka, penduduk kondo ni haram nak pedulik tentang earth hour!
Hasil usaha mereka, 90% penduduk menutup lampu, termasuk Ikea dan The Curve. Ini semua untuk masa depan mereka jugak.
Pada mulanya Layla hairan dan tertanya kenapa, aku terpaksa menenangkan dia bila dia kata dia takut.
"Layla nak dengar cerita hantu tak?"
"cerita apa........?" tanya Layla separuh minat.
Dalam kegelapan malam,aku teringat zaman kanak-kanak di kampung. Selalu terputus bekalan elektrik. "Takdo api!" kata orang kampung. Selalunya berpuca dari pokok yang tumbang melanggar kabel elektrik sehingga putus.
Dalam kegelapan malam, aku dan adik beradik duduk berbual diruang tamu sambil menantikan land rover atau lori LLN datang menyelamatkan keadaan. Kami kenal bunyi land rover lalu dengan kesan khas tayarnya itu.
Selalunya aku mengigil menahan amarah kerana Incredible Hulk kat TV dah nak abis..api tak sampai lagi! Arghhh! aku jadi hijau.
6 comments:
I like green, but not monster eh! Har har har..
hehehehe...bagus LK layan earth hour
aku start earth hour lmbt 1/2 jam..pkl 9mlm..tp terus tak on semula smpi ke pagi..terlebih2 nyer earth hour..
masa tu, kitorang kat bangsar. ada satu kedai je yang pakai lilin. bangsar kawasan kapitalis elitis borjuis. mereka bukan environmentalis. jadi aku maafkan mereka. :P
dulu kalau takde elektrik, kami adik beradik dok keliling sambil main kad. bersukaria. bila elektrik ada balik, masing masing masuk bilik. buat hal sendiri. haha.
bila tak ada api anggap jelah Earth Hour. Heheh :P
aku,marah sebab thundercats.
hihi
Post a Comment