Monday, April 13, 2009

Noise yang paling deep.

Tadi aku jumpa doktor gigi.
Didalam kad pendaftaran klinik gigi itu,ada ditanya soalan, muzik apakah yang anda mahu dengar ketika rawatan?

Aku tinggalkan kosong,tiada jawapan.

Garfu berlaga dengan sudu pun boleh buat aku ngilu.
Aku tak boleh nak fikir,genre musik apakah yang boleh menghilangkan gemuruh dihati.
Muzik untuk meneutralkan rasa ngilu?

Duduk dan baring di kerusi 'pertarungan' yang serba elektrikal itu, aku jadi redha.
Bila 'air suction tube' berkerja bersama 'superlaser scaler' dan apa tah nama equipment pergigian ini, aku jadi teruja. Kengiluan yang kadang-kadang terasa aku tak hiraukan. Aku sedang menikmati muzik 'noise' yang sangat mengghairahkan! Aku terbayang 'Carcass-Heartwork'. Aku teringat 'Maldoror' - Misami Akita dan Mike Patton. Terselit kadang-kadang Bjork. Sesekali keluar imej Kim Gordon berjalan diatas bass gitarnya. Aku terbayang Ando-Natsu pada minit ke 12 dalam lagu 'Inside yr skirt'. Juga Hendrix.

Setelah setengah jam, aku bangun dan terkeluar dari mulut aku,diluar kawalan,

"Saya memang benci jumpa doktor gigi!"

Doktor Cina itu hanya ketawa.

11 comments:

kruel74 said...

Dengar description ko pun aku dah sakit gigi...

Weed and Bandages said...

aku suka doktor gigi dan gigi

asra said...

mandibular first molar ke?

hehe

aku suka dentist sebab dia bagi gula2..huhuhuh

jeffry azizi jaafar said...

dalam x suka dokter gigi pn,dah 3 kali aku jmpa sb 3 kali tuh kena cabut gigi.ngilu weyh.hehe.

Alke said...

kakakaka, bini aku terpaksa menipu untuk membawa aku ke klinik gigi. Bila aku sedar, aku tak bley lari dah!!! hehehehehe

AMMOSHAM said...

jor, bini gua antara manusia yang suka pergi klinik gigi. gua pun kagum...

j or ji said...

kruel : lebih dramatik, kaki dan tangan kejang-kejang..hehe

msweed : kami perokok tak suka doktor gigi dan cerita gigi.

asra : aku suka dentist selagi aku tak perlu jumpa dia.nway...me kenot access yr blog.

jeffrey : try doktor gigi kerajaan.bius belum berjalan,dia dah cabut gigi kita.atau bius dah lama habis,baru dia panggil nak cabut gigi.

Alke : sama! setelah bertahan beberapa minggu paksaan bini,baru aku ke klinik gigi dgn perasaan hampa. :P

ammosham : mereka perempuan suka pemeriksaan.

mama said...

hahahh mujur wife u bukan doktor gigi kan..

hegira said...

serius dia tanya muzk apa nak dengar????

j or ji said...

mama : yup.hehe.

hegira : serius beb! banyak soalannya.itu yg menarik la.

Mohd Jayzuan said...

Ada sumber dari Seremban bitau, Ando Nastu ada lagi?