Thursday, April 16, 2009

Special Ron!

Just when you need something EXTRAORDINARY from someone SPECIAL.

http://www.youtube.com/watch?v=0_qet3hI3Oo
40 yard! Berkerut dahi Ruud Gullit.

Aku penat tengok game mendebarkan. Hari ini aku masuk office jam 10.30 pagi. Sebab boss aku supporter Chelsea, dia tak kisah.
2 malam aku berjaga, game Chelsea vs. Liverpool memang klasik. 8 gol. Suspens sampai ke subuh. Emotion, passion, tactical, luck and mistake, semua ada pada perlawanan itu. Ketiadaan Gerrard pada Liverpool dan Terry pada Chelsea langsung tak terasa kerana sepanjang 90 minit corak permainan rancak (ala ulasan Kosmo!) disajikan. Liverpool hampir-hampir layak ke separuh akhir... tetapi tidak!

Game Porto vs. Man Utd biasa-biasa aje la. Selain dari wondergoal, takda apa yang menarik. Perlukan seorang pemain terbaik dunia untuk hasilkan gol sedemikian. Bak kata Pak Alex, "tak guno jaring OMPEK gol kalau bolos 4 gol jugak.." Jahat betul mulut Pak ALex Ferguson ni. Slang nogori lagi!

Kehadiran semula Rio Ferdinand di benteng pertahanan adalah 'modal insan' yang paling berharga. Dengan gaya permainan 'mulut bersepah' menjerit dan memberi arahan kepada pemain pertahanan lain, Man Utd berjaya mengekang asakan penyerang Porto...juga incredible Hulk turut longlai bertukar jadi 'pale', tidak menghijau.

****************************************


Sabtu ini, kalau takdo apo buek tu, moh kito ke stadium Paroi. Kito ponuhkan stadium, kito makan kuaci dan burger sejuk, kito sokong Jang tu main. Main tu memang la tak seberapo,tapi semangat tu ponting. Tiap malam duduk Ampangan tu takdo apo buek, poie la kojap stadium, bersorak. Bukan nak pakai bonar pun suara tu di lain maso. Hattan boleh poie menjorit,takkan kau takleh jang...

Teringat maso duduk somban maghin..kalau lawan Selangor, dekat satu kilometer jauhnya parking kereta. Semuo tu sobab minat.

Jangan bawak parang lak, bukan nak poie menobeh! Saing semuo tu, jange nak gaduh.

16 comments:

kruel74 said...

Aku kirim sorak kat kau yo lah... Aku ada game dengan jiran2 kat stadium kecik Shah Alam. Lawan developer hampeh kat rmh kitorang tu. Ramai nak kena betis tu... (mcm larat kejar)

al razy said...

last den poie stadium tu time final sukma dulu. tu pun masuk pree. haha.
Den bukan tak nak poie, tapi dari Gomeh ko somban jo dah dokek duo jam. ponek . Tapi ko key ell bole pulak. haha

j or ji said...

kruel : kasi ajar mereka skit camna nak main bola. haha

al razy : den ajak yor..tapi takdo poie dor..den suruh sapo yg duduk somban tu poie..takdo duduk yo kek kodai sopan tu.

hegira said...

wah. dah lama tak jadik supporter team nogori.

tapi sabtu ni ada parti buih lah!

passe!

AMMOSHAM said...

liga juara-juara tak meriah tanpa liverpool.

piala FA tak meriah tanpa Kelantan!

gomo kelate gomo!

zewt said...

aku letih... nampak je gol ni... terus awake!

moze said...
This post has been removed by the author.
moze said...

Sungguh tension tgk MU main mcm tuh! Nasib baik Porto x dpt score, if x... naya je bro

DzULhAFiZi said...

o yeahh

the world player of the year dah naik minyak
hahahha

bring on la gunners...

but aku happy as long as liverpool x mng UCL season nih

hahaha

aku lah arween said...

wahhh
antara konsert mingguan AF dan bola???

dh tentu den pilih bola

:D

j or ji said...

hegi : kalau camtu,den support negeri dari tmn.tun je la :)

ammosham : setuju! lebih meriah kalau N9 layak ke final lawan selangor kan..

zewt : tapi lepas tu sampai minit ke 93 berdebar-debar.

moze : rio ferdinand ada kat belakang bersama vidic. tawakal je.

dzulhafizi : sama! aku nak tengok liverpool tak menang apa2 musim ni.tu je. wakaka

arween : poie jangan tak poie!

pidda said...

skali rio bukak mulut...mcm lensa dslr besar dia..barula effective communication!

Muhammad said...

c ron memang hebat, aku tak nafikan, gol dia tu kalau dalam fifa2009 atau pes2009 je boleh buat.

jadi harapan aku ialah biar benar-benar terjadi real madrid nak beli c ron, mungkin dengan cara itu man u akan goyah.

bab ns lawan kelantan piala fa tu, gua tak dapat nak ulas. lainla kalau chelsea lawan arsenal untuk piala fa, yang tu gua boleh ulas panjang lebar

sori la jang

Weed and Bandages said...

ok. bahasa negeri dan kelantan aku kurang faham. hehe

Ahmad Azrin Aziz said...

meme pong..

jeffry azizi jaafar said...

haha, aku pn berjaga gak 2 malam.tp mlm kedua aku tgk arsenal 1 half, man u 1 half.tp x se best tgk liv chelsea.