28 May 2004, 5 tahun yang lalu, aku diijabkabulkan dengan gadis pilihan sendiri, Noorshafida Bt. Rasidi.
Setelah terjumpa secara sengaja dilaman bicara PISSCALL dan kemudian bercinta bagai nak rak di talian telefon (masa tu aku di kg.gajah,Perak dan kemudian JB-projek merata tempat- dia di MMU Melaka dan kemudian berkerja di KL)
Kali pertama berjumpa secara fizikal, di The Actors Studio, tahun 2001 bawah Dataran Merdeka. Itupun malu-malu, diperkenalkan oleh Nikmat..ke Acad..Edan..ke Syikin..ke sapa ntah. Ramai manusia ketika itu. Bermula dari pertemuan itu, kami mula berdating secara mingguan di Seremban. Kos berulang alik boleh buat d/p Satria!
Ahhh.. nak cerita secara detail, kene buat fanzine lagi sekali nanti. Fanzine Cinta.
Terasa macam baruuuuuuu je semalam berjumpa dan berkahwin (statement aku yang Pidda sangat-sangat tak percaya) begitulah indahnya.
Sedangkan lidah lagi tergigit, begitu juga kami berdua. Itu biasa. Adat resam berumahtangga. Ada hari bukan main manja, ada hari, tanya dah makan ke belum- pun boleh jadi punca kelahi. Sesapa dah kawin tu faham la.
Aku bersyukur dan berdoa semoga perkahwinan ini berkekalan hingga akhir hayat. Dikurniakan cahaya mata lagi dan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki. Insyallah.
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 5, sayang. Juara sebenar dalam hidup.
p/s : maknanya dah 5 tahun aku bertaubat dari menjadi Romeo. Alhamdullilah :P
Thursday, May 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Ah lu sombong dulu masa jadi operator pisscall..hahaha. Gua baru buat hal sikit dah kena kick.
Part yang retire romeo tu je aku baca 2, 3 kali...
Selamat Menyambut Ulang Tahun yang ke 5
so, mlm tadi dapat spesel tak?
hehehehe
Tahniah!!!
juara sebenar dalam hidup? Barca ke? haha.
;p
selamat!
god bless!
sial buat aku tertekan nak kahwin.
apa pun semoga kekal berbahagia lagi 50 tahun akan datang
PP : sumpah aku tak pernah gila kuasa di mana2 laman web/chat. Apa gila romeo online nak kick2 orang. :P
kruel : tak percaya ke? :)
melin : terima kasih. serius tak dapat apa2. wakaka
nizamhns : TQ geng!
sleep monger : bikin panas tu! :P
Rambo : tq!
Lucius Max : TQ! :)
Haha rindu # pisscall!
happy anniversary abang and kak pidda!!
since kak pidda and aku lahir tarikh yang sama,aku harap dapat suami yang retire romeo selepas menikah jugak.
hahahaharapan jela kot..
hahha
abe & pidda,
selamat menyambut hari ulangtahun yang ke-5?? peehh..gila lah! kawe memang caya kat demo ngan pidda. Maseh teringat saat demo meninggalkan kawe di celah2 manusia yang ramai di actors studio tu.
"Demo nak pegi tanya?" tanye kawe.
"kawe nak jumpa chickie. Bagi demo tape tu 2" demo jawab.
Tolak tambah cerita chenta demo ngan pidda yang buat kawe akui kawe pun ngeri mengingatkannya kembali, hanya satu ayat je yang berjaya patahkan semua ritangan yang ada.
its when you told me - "SHE'S THE ONE..."
cukup sampai disitu. ;)
abe & pidds, happy 5th anniversary.
Moga panjang umur, murah rezeki, anak tambah 3-4 lagi, bahagia bersama diberkati.
love u guys!
dude!
lu punya married date sama ngan gua lain bulan aje dude!.
gua bulan 7 2004.
semoga sampai tutup mata bai.
fuh,,romeo rupanya dulu nih..haha..
btw,semoga kekal smpai akhir hayat..
gua dah lamer x online....banyak miss...anyway happy 5th anniversary....
errr... maner boleh romeo must die...
Kalau dulu aku tak bawak kau jumpa Pidda kat The Actors dulu, kau mungkin tak kahwin lagi sampai ke hari ni.
Belanja aku makan wei.
stam : beritahu aku,kau pernah jumpa awek iRc tak? atau pergi gathering? :)
asra! : ingat sapa tadi.lahir tarikh sama? wah! tak kisah,asal jgn dapat laki jadi romeo lepas nikah.ada ok!
Mije : thanks! heh..demo tahu aje la.. "begitulah indahnya percintaan ini" wakaka
ayob : terima kasih yob! :)
jeffry : romeo kecil-kecilan aje. Terima kasih. :)
Q : pernah jadi romeo kat bus stand pilah... TQ!
chec : aku terpaksa bersetuju dgn statement kau yg menginsult keromeoan aku itu.wakaka..datang rumah,aku masak baik punya!
wow!
selamat ulangtahun buat pidda dan ji!
harap suamisuamiyang lain pun buat entri macam nih!
i was there!!! masa ni kot yg eddy jeng cakap dialog tuh "J nak carik org kg dia jugak"
Semoga terus berkekalan sehingga ke anak cucu, bos!
Post a Comment