Budaya membaca sangat tinggi di Khao San Rd. Mungkin juga di semua kawasan lain yang menjadi tempat tumpuan pelancong orang putih. Semua orang kelihatan sedang membaca buku, atau sekurang-kurangnya ada membawa buku.
Kedai-kedai buku bersepah. Second hand dan juga baru. Pada harga yang sangat murah (jika dibandingkan dengan harga buku di Malaysia)
Pidda beli sebuah buku Jeffrey Archer berharga RM7. Dia suka dan banyak buku Jeffrey Archer. Sapa mamat ni? mesti buku cinta-cinta ni.Aku tak ambik port pasal penulis buku cinta-cinta ni. Aku juga tak fikir aku nak membaca bila berjalan.
To Cut A Long Story Short aku dah suka gila dengan Jeffrey Archer!
Habis baca sebuah buku di Khao San rd dan bila balik, terus mengadap koleksi Jeffrey Archer kepunyaan famili Pidda.
Budaya buku dan membaca secara extreme juga terdapat di Langkawi. Sekitar Pantai Cenang tu penuh dengan aktiviti membaca. Banyak restoren, motel dan kedai menawarkan buku secara murah atau pinjaman atau bertukar-tukar secara 'system barter'. Ianya sangat mengujakan.
Budaya membaca langsung tidak terdapat disepanjang pantai Port Dickson. Dari batu 1 sampai batu 12, Blue Lagoon, tiada seorang pun kelihatan sedang membaca buku. Kedai buku pun takdo. Orang putih? Kali terakhir pelancong orang putih sampai ke Port Dickson ialah sekitar tahun 1887! Kalau aku jumpa orang putih di PD, aku akan tanya dia, "apo ekau buek kek sini, Jang?"
PD dah terlebih develop. tiada pantai yang indah dan bersih. Kondo dan hotel banyak la. Aku tau. Aku 'regular' kat sana. :P
Tempat tumpuan pelancong yang lain, di Malaysia, aku tak tau. Di Penang, aku tak perasan sangat. Mungkin bau kari terlalu kuat dan mata nak terlelap aje sebab makan nasi kandaq. Tapi aku rasa mungkin ada juga.
Dean Koontz best ke?
Tuesday, June 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Stephen King better.
Jeffrey Archer memang tak rugi baca especially compilation short stories dia. Sume best giler. Dan jangan tak baca Not a Penny More, Not a Penny Less.
Kita lah start kedai buku kat PD satu, then kita sendiri baca...
try american purgatorio.
3rd!
Aku lebih gemar Grisham.
Adik aku kumpul Archer. Bila aku baca, mata berpinar sebab fontnya kecik.
Kane and Abel!!
penang pun dah tak banyak pelancong. pantai semua kotor.
kerajaan bab2 nak pk untuk murahkan harga buku tamau. dok sebuk nak layan bab2 politaik melebih.
setiap negeri bangga ada universiti, asas pendidikan tak amik pot.
buku kat malaysia memang mahal gila! bab education semua nak mahal! tak kan nak tunggu 100tahun merdeka baru rakyat nak buka minda.
tengok ahli politik bercakap pun boleh tau tahap membaca depa lagu mana.
kruel : Stephen King aku baca Different Seasons..ada Rita Hayworth and Shawshank Redemption tu. Sangat klassik! Then dia banyak thriller la..The Mist baru2 ni keluar kat HBO. Saspens thriller with 'potong stim' ending.
* : Akan cuba! tq!
Alina : Fonts dan kualiti kertas juga memberi impak pada keminatan terhadap sesebuah buku.aku setuju.
Anon : Kabe and Abel. Klasik! tapi aku belum baca. sedang khatamkan koleksi short stories. :)
Msweed : Feringghi kalau takda pelancong asing, habis la.hotel mahal,mana rakyat malaysia marhain nak duduk?
Entah bila orang politik nak sedar yg pelancong sukakan keaslian sesuatu tempat tu,bukan kemodenan. Kalau nak moden,tempat depa lagi moden.
Jika ahli politik sangat bagus dan memikirkan hal kemanusian dan pendidikan....
aku prefer john grisham..
jeffry archer tinggi sgt ar level nyer.. aku kurang sket..huhu
baru nak nyampuk ni, i rasa banding king and koontz, better la king. tp i was a King diehard masa skola2 dulu, skang dah tahap jemu. it would come to an extend sume plot dia u leh jangka. Koontz not bad. readable.
sama mcm baca sydney sheldon la kan. lama2 u tau, sheldon suka 3 watak, sume wanita profesional. hehe. so, predictable la gak.
Jeffrey archer mmg terbaik. dia tulis ada meaning. tapi since i blom jadi die hard, baru baca dalam bbp buah aje, i rasa i lom dapat predict sume penulisan dia. which is good la kan being unpredictable.
john grisham mmg best. tp memandangkan mamat ni either dulu lawyer atau into law, sume cite dia mesti based on law. dan hukum kanun kehidupan la. agak best. cuma yg baru2 ni saya blom baca jua. if u like grisham, another writer yg mcm ni would be apekenama nye eh. ceh, lupa dah. ha, brad meltzer ke camtu. not bad gak.
ok sekian pendapat saya. sekarang tgh baca motorcycle diaries by che guevara :D. saya juga mahu meresap rasa romantis revolusinye :P sbb sgt suka movie nye, i think his writing mmg syok. dia kelakar. and compassionate.
peace.
Post a Comment