Masa sekolah menengah pulak, nak kene balik asrama.
Nak jumpa Kamel Tonggek (Ketua Warden) yang gila glamer.
Kamel Tonggek kantoikan aku (bersama seorang kawan bernama Hanizal Hassan a.k.a Acai), baca Magazine Kerrang di bilik basuh jam 11.00 malam. Esoknya buat pengumuman semasa perhimpunan pagi dihadapan semua pelajar dan guru. Kata aku menyalahgunakan lampu di bilik basuh dengan membaca 'bahan lucah' , hanya kerana ada gambar Mille Petrozza (Kreator) mengangkat baju peminat perempuannya sampai paras buah dada.
Kamel Tonggek tahu itu magazine metal. Tapi dia gila glam. Kalau glam rock, aku tahan lagi dan akan support dia. Ini suka glamerkan diri, konon-konon sentiasa cekap menahan pelajar lakukan kesalahan. Kamel Tonggek bukannya nak nasihatkan pelajar atau didik pelajar jadi berdisiplin, tapi, selagi boleh kantoikan, dia akan kantoikan. Dia akan glamer di perhimpunan dalam dewan besar. Pengetua akan tahu dia buat kerja tiap malam di asrama. Kamel Tonggek suka malukan pelajar. Buktinya, dia dah malukan aku dan Acai. Apa salahnya dia terus bawa kes aku ke Pengetua? Ini tidak!
Dipendekkan cerita, aku dan Acai tidak dipanggil kehadapan perhimpunan, nama kami juga tidak disebut sebagai pelajar yang kantoi itu... TETAPI diminta tinggal di dewan besar selepas perhimpunan tamat. Bijak Kamel Tonggek kerana amalan perhimpunan pagi di sekolah agama, pelajar lelaki keluar dahulu dari dewan, baru diikuti oleh pelajar perempuan, jadi bila semua pelajar lelaki habis keluar, sapa tinggal? Ya! Pembaca 'bahan lucah' yang tinggal- aku dan Acai berdua di barisan pelajar lelaki tingkatan 3. Satu dewan ketawa kecil. Gadis-gadis pelajar dan guru-guru perempuan semua tersenyum-senyum dan berbisik-bisik.
Dari lantai dewan aku nampak Kamel Tonggek tersenyum puas di atas pentas. Senyumannya sangat berbeza dari guru-guru lain. Sebijik macam Jack Nicholson dalam film The Shining. Senyuman horror+annoying.
Dipendekkan cerita lagi, aku dibawa mengadap Timbalan Pengetua. Aku tak ingat namanya. Dia gila hoki. Dia selalu berbangga dengan sukan hoki. Dia lulusan orang putih, bukan arab. Bila dia membelek-belek majalah Kerrang tersebut, dia berkata;
"Ini bukan majalah lucah!"
Timbalan Pengetua membebaskan aku dan Acai, tapi Kamel Tonggek tak puashati, dia mahu aku dan Acai membakar majalah Kerrang tersebut di tempat parking kereta sambil disaksikan oleh berpuluh pelajar lain dari dalam kelas. Aku terpaksa ke makmal sains untuk mengambil turpetine ke apa ntah, bahan bakar yang sesuai kerana lighter sahaja tak mampu membakar Majalah evil Kerrang yang 'glossy paper' itu.
Aku dan Acai tak bersalah kerana kami bukan membaca 'bahan lucah'. Majalah Kerrang adalah sebuah majalah muzik metal dari oversea. Kami juga telah dirotan (tapak tangan) semasa dibilik basuh. Timbalan Pengetua juga kata majalah itu bukan bahan lucah. Kami membaca dibilik basuh kerana semua lampu di dorm telah pun ditutup. Magazine itu bukan kepunyaan aku atau Acai...aku tak ingat dah sapa tuan punya, tapi mamat tu baru beli masa balik hostel tadi dari kampung. Akibatnya aku dan Acai kene bayar ganti rugi semula kepada mamat tu (dalam RM20 kot harga masa tu).
Kamel Tonggek terus berleluasa menangkap dan mengkantoikan pelajar. Mungkin dia tak suka duduk rumah malam-malam. Gatal je dia nak berjalan di asrama lelaki. Adakah dia....? hmm..?
Itulah antara pengalaman aku semasa bersekolah menengah. Ada banyak lagi.. antaranya menjadi wakil sekolah dalam sukan SEA ke 15 dalam acara 'bola stokin'. Itu aku kantoi dengan Ustaz Kamel Janggut. Aku dan 5 pelajar lagi.. Azlantun, Amin Ludin..sapa ntah yang lain.
"Anta ngaku tak anta ni lembu??" Jerit Ustaz Kamel Janggut.
Sapa nak ngaku ustaz oiii.
Sampai sekarang aku phobia dengan nama K A M E L. Seorang janggut seorang lagi tonggek. Nama gelaran yang dibagi oleh pelajar2 semua.
Aku masa form 3. Acai paling kiri, Azlantun tengah hadapan. Kami dulu lagi dah pakai seluar ketat sebelum mat indie pakai sekarang. Gambar dicedok dari fesbuk member yang tag aku.Nota Kaki:
1. Kamel Tonggek tidak pernah masuk mengajar dikelas aku. AKu pun tak tau apa subjek dia ajar.
2.Majalah Kerrang sekarang takda extreme macam dulu. Band-band yang masuk Kerrang pun dah tak extreme jugak. Aku dah beralih kepada majalah Revolver. 100% metal!
3. Acai buat band metal bersama Adik Bollocks pada tahun 1990 bersama Din mayat.
4. Aku akhirnya dapat berjumpa dengan Mille Petrozza bersama KREATOR semasa mereka perform di KL beberapa tahun lepas.
5. Nasib baik di Malaysia kes saman guru tak begitu popular.
19 comments:
bro
lu skolah agama ker?. hehehehe
kerrang skang = urtv
semua MTV rock band aje!. bosan!.
Aku gelak sorang2 sampai semua staf pandang ni sebab aku pun kantai dengan Kamel Tong sampai kena buang skolah.
Ayob : naam! :)
Kruel : takda peluang nak saman malu ke boss?
ji. cerita banyakbanyak lagi!
reminis!
wargh...big bos aku pun nama K.A.M.E.L...adalah ciri-ciri yang sama mcm KAMEL TONGGEK ko tu...
Aku pun tension tahap gaban sama dia..prrffft
Biler ko buat lawatan ke SMAP ni..siap bawak LK tu..hehehe. Last time aku ke SMAP, aku hanya dpt tunjukkan dari luar sahaja, sekolah lama ayah they all...
warkkkhhh h sekolah agama!!!!
hehehehehe standard sekolah agama akan band mag cam tue... tapi siap bakar mag tu kelakar... sekolah aku dulu warden bakar harakah bila jumpa paper tue dalam dorm...
gila klassik bro! teruja gua dengan cerita-cerita sekolah asrama ni. ha ha ha.
aku pergi sekolah sebab nak jumpa kawan-kawan dan buat jahat je. heheh :P
aku pergi sekolah sebab nak jumpa kawan-kawan dan buat jahat je. heheh :P
Alina : apa citer belah asrama puteri? :P
melin melinda : adik Kamel tong kot? haha
nizamhns : labour day lepas.Highway jem teruk dari bangi,aku keluar tol nilai,lalu Labu..singgah sekolah.angkat tangan je kat Guard.
habis aku pusing dan ambik gambar dgn LK.
Q : ini kisah benar brader.tiada tambah,kurang.cukup2 je. hehe.
Rambo : macam2 hal duduk asrama ni. semua kisah lama.skerang semua kawan2 dah lupakan hal lama.semuanya dah bosar panjang.akal pun sama panjang.
Cerita zaman zekolah memang syok!
you memang indie champion
Bang, kamel tonggek tu nama panjang dia kamal hassan ke?
fuh kenangan nih..
fikri : saya tak ingat la...kamel apa ntah.sorry :)
klasik siot gamba ni...like...clear lg plak tu...aku igt tu mukhriz.. zaid..acai sbelah dia kan..
terque : yup! haha
gambarr masa silam. btw thanks :)
Post a Comment