Aku mulakan blog LKNY ketika Layla Kathija berumur 2 bulan setengah. 3 tahun yang lalu.
Sekarang Layla Kathija, gadis kecil berambut panjang dan sedikit kerinting, suka membaca buku, bermain, bercakap, menyanyi, bercerita, pergi The Curve, bookstore, cukup susah nak tido awal atau bangun awal, bergaduh-gaduh nak mandi pagi, pandai melawan, agak degil, sunyi takda kawan- akibatnya aku jadi mangsa terpaksa ikut apa karakter yang dia nak,seperti jadi pesakit,dia nak jadi doktor, lalu buat pemeriksaan kat badan aku- "ayah demam?" Atau jadi pelanggan kedai mamak, dia jadi boss dan tanya aku "boss nak makan apa?"
Kadang-kadang dia kata " Takda sapa nak main dengan Layla" atau "Kenapa Layla takda Kakak dan abang? Layla nak kakak dan abang!" (adus! kakak? adik boleh la minahhh!)
Sesekali, Layla Kathija kencing malam. Habis cadar dan tilam. Dia steady je. Dia bijaksana. Tak mahu pakai pampers dah.
Sesekali juga dia akan kene rotan. Dia cukup takut dengan rotan. Baru gertak nak ambil rotan, dia dah meraung. Kerana dia tau rotan tu sakit. Dia dah kene! hehe.
20 comments:
Entri ini comel sekali sifatnya.
Aku doakan masa depan yang baik-baik untuk anak kau.
Amin
comel.
tentu laila bijak.
dan nakal jugak.
ye?
oh man... nice shoot. kamu memang ada bakat
nazri : terima kasih kawan.
lulu jr : yup.terima kasih :)
Huzaiba : wah! terima kasih! pengkritik pertama! TQ! TQ! TQ!
Laila dah besar...x ingat sejak bila mula ikut blog ni..tp yg pasti..sejak tu tak pernah tinggal lagi smpai skang...sebab, LK yg dikenali hanya melalui pandangan mata seorang bapa..buat nana mcm kenal LK secara personal plak..heh..
semoga LK besar ceria, berjaya..one day mana tau..jumpa LK depan mata..+_+
happy fathers day abang!
=D
Nana Neriza : terima kasih kerana follow LKNY and Manchester United.Insyallah jumpa jugak dgn LK nanti tu. :) add saya dalam blog reader kamu!
* : Terima kasih! :)
dah pandai main itam putih dah.
dah pandai main itam putih dah.
wahhh. papa dah pandai ambik gmbr!
J: Nice pic.. mane gambar rotan? nak jugak tengok rotannye.. dah hancur lebur ke ape.. huhuhu
(off topic)
Dude, pls see me blog fer map & other details fer this sat.
gua pernah pukul az-zahra' dengan tangan. sampai merah bahu dia dan tangan gua sakit. pastu gua slow2 masuk toilet n gua menangis. taubat gua x buat dah.
wah cantik gambar. boleh buat poskad!
selamat hari bapa!
untung LK.
semoga LK akan jadi anak yang baik dan bijak dan rockin'!
rambuu : monochrome gitu. ha! masih di gear 1 la encik.
hidds : masih syok sendiri lagi ni..TQ
cutesamoi : TQ! rotan ka? yg selalu orang buat pemegang belon tu..libas kat tapak kaki dia. memang perit. tapi, budak perlu diajar skit2..kalau tak nanti, dia lemak sangat.tapi tak sampai dera. :P
anfield devotee : me know that place dude.(and check yr blog everyday! hehe) TQ.
babazahra : kadang2 LK buat gua hangin tak ingat,dia taknak dengar kata, gua terpaksa tinggikan suara, belum pukul dah meraung..
Alina : cantik ke? serius ke ni? nak buat akaun flicker la! :P TQ dude!
Ayob kelubi : Terima kasih kawan. insyallah dia baik dan bijak..part rockin' tu usah la dibimbangkan.. mike patton dan Ozzy sedia membantu. :)
gamba cantik! *salute*
Serius gambar cantik. tapi cuba kau google prinsip third rule. sangat berguna dalam fotografi.
bukannya taknak ajak gi adverse. tapi terlupa. hihi.
tapiserius ofis adverse ofis paling cantik pernah aku tengok.
hehe
:)
kenapa layla takda kakak dan abang?
haha..soklan cepumas tu..haha..
Post a Comment