Tuesday, July 14, 2009

Aku dan Manchester United. Kenangan 1995

Manchester United akan datang bertandang ke Kuala Lumpur Jumaat ini. Menguji kesebelasan utama negara, sementara kesebelasan utama negara pula diberi peluang menguji but dan baju baru serta jangka hayat jurulatih mereka, Rajagopal bersama FAM.

Seingat aku ini kali ke 3 MU datang Malaysia. 1995,2004 dan sekarang, 2009. 2007 sepatutnya mereka datang, tetapi dibatalkan atas sebab gangguan dari AFC. Aku hanya pergi pada tahun 1995, di stadium Shah Alam. Ketika itu Eric Cantona adalah wira United sementara Beckham baru sahaja grad dari akademi bersama Scholes, Nevilles, Butt dan lain-lain. Masih anak ikan lagi status mereka. Belum popular la.

Aku masih ingat, ketika itu aku berkerja di Seremban. Aku berjumpa dengan Jurutera aku memohon perlepasan balik awal pada hari tu, kerana aku mahu ke Shah Alam. Dia reject form aku. Dekat aje Shah Alam tu,katanya. Memang dekat ,tapi aku naik bas la %*&%! (masa tu aku tak berkereta lagi) bila aku selidik, jurutera itu penyokong Liverpool rupanya..tak sia-sia aku kata dia &*%)(&%(!. Dipendekkan cerita, aku blah lebih awal dari waktu yang aku pohon. (aku minta balik jam 4 petang, di tak bagi, aku balik jam 12 tengahari!)

Sampai di bus stand Klang, (tempat utama pertukaran bas dizaman itu) aku tercari-cari bas ke Shah Alam. Sedang aku 'tercangak-cangak' sebuah bas Sri Jaya, yang penuh dengan setan merah, menjerit-jerit suruh aku naik bas mereka. Nasib baik aku pakai tshirt tulis "Double Winner 1992". Bas yang penuh dengan setan merah sahaja! Bas bergerak perlahan ke Shah Alam sambil kumpulan setan menyanyi kuat lagu-lagu puja setan. Sekumpulan geng Black metal CM yg puja setan pun masa tu tunduk jer ngan kitaorang. Memang happening!

Sampai di Shah Alam, aku terpinga-pinga carik tempat jual tiket pulak! Masa tu internet takda, tiada online booking. Setelah bertanya dengan security, baru aku jumpa tempat jual tiket. Hari masih siang ketika itu..sekitar jam 6.30 petang. Ini kali pertama aku ke stadium Shah Alam. Bosar kemain!

Setelah membeli 2 tiket berharga RM20 satu, aku tersenyum kepuasan. 20 hinggit masa tu besar, beb. Boleh hidup seminggu kat seremban.

Malam tu, Manchester United kalahkan Pilihan Selangor 4-1 (Steve Bruce 48, Nicky Butt 55, Gary Pallister 64, Lee Sharpe 76) Kebanyakan gol dari Man Utd adalah kerana tertendang ke gawang Selangor. Kalau betul-betul try, gerenti la gol. :P Sepanjang 20 minit terakhir, mereka hanya berlatih 'passing' sahaja tanpa membuat percubaan ke gawang Selangor.

Scott Ollerenshaw menjaringkan 1 gol yang sangat mengujakan untuk Pilihan Selangor. Peter Schmeichel terbang, cuba menyelamatkan gawangnya, tetapi sepakan Ollerenshaw rendah terkena tiang gol, dan bola masuk ke gawang. Bagai nak runtuh stadium bergema dengan sorakan The Red Giants. Klasikkk!

Ternyata Scott Ollerenshaw memang sesuai dinobatkan sebagai antara pemain import terbaik semi-pro!

Senarai pemain Man Utd yang bermain pada malam itu:-

01 Peter Schmeichel, 02 Paul Parker, 03 Denis Irwin, 04 Steve Bruce, 20 Gary Neville, 06 Gary Pallister, 22 Paul Scholes, 19 Nicky Butt, 09 Brian McClair, 16 Roy Keane, 05 Lee Sharpe, 24 David Beckham (Paul Scholes), 23 Phil Neville (Paul Parker).

Semuanya berstatus LAGENDA sekarang ini. Eric Cantona tak datang sebab masih lagi digantung kerana buat aksi kung fu kick, sementara Ryan Giggs pula cedera. The towering two, Pallister dan Brucey sangat bagus masa dulu. Irwin pulak, legenda bek kiri. Bukan lawan Evra. Keano? Lee Sharpe.. arghhhh.. (klimaks!)

Aku sangat berpuashati kerana berjaya menyaksikan pemain United secara live dan barisan pemain yang sama pula terus menjuarai EPL hampir setiap tahun dan seterusnya Treble pada 1999! whoaaa! - syok sendiri :)

2009/2010!

Walaubagaimanapun, aku sangat emosional kerana ketiadaan C.Ronaldo dan Tevez dalam Manchester United lagi. Aku betul-betul sedih. Aku ingat dapat la berlatih free kick dengan C.Ronaldo, tapi dia telah 'tiada'.


2 Tiket dan training pass yang aku beli dihari Man Utd kalah pada Barca final eropah di Nike Cineleisure.

Jumaat ini, aku kene berlatih dengan Rooney pulak. Mungkin Owen akan ada sekali. Sir Alex Ferguson cukup cemas bila dia baca di Utusan Malaysia (secara online) yang Amri Yahya telah kembali ke skuad Malaysia. Dia minta aku beberapa tips untuk Nemanja Vidic, bagaimana nak mengekang Amri Yahya. Nampaknya aku kene berlatih dengan Vidic dan van Der Sar jugak.

Harap-harap Malaysia menang!


Malaysia!!!!

27 comments:

HAFIZ said...

bro man u camner season depan????

DzULhAFiZi said...

ni entry ape nih bro?
hehehe

anyway, nak x tiket free seating RM58 for only 45?violet gate entrance...leh negotiate lg..heheh

ade mmber cancel last min la plak...adehh

j or ji said...

dzulhafizi : hahaha..aku belum update lagi..kau dah masuk komen! kakaka.

Hafiz : macam selau, target jadi juara. :)

Neo said...

Hye nice blog... Really cool! please visit mine... thanx!

Bean Jinai said...

hahaha..! padan muka la. cristiano tevez dah merajuk bang oii..!!

Pipiyapong said...

Amri Yahya punya terer skang ni lain macam kan? Lu jaga jaga sikit.

aku lah arween said...

m.u nyer flight smp jam brape yer u?

LCCT or Terminal utama?

hhehehehe

** statement org frust sebab tiket 98 hinggit dh hbs

j or ji said...

Neo : tq! :)

Bean Jinai : mana musim layan orang merajuk. :P

PP : Amri yahya ialah seorang pemain malaysia yg paling aku benci.

arween : KLIA la kot. jom!

Weed and Bandages said...

make sure depa jogging dulu k

DzULhAFiZi said...

haha

comment atas tuh just for ticket promo...hehehe

jmpe nnt di Bkt Jalil!

Anonymous said...

risau kelibat amri yahya!!

suruh ben foster jd defend.rio main top.guna taktikal wan jamak..

ps18

lulu jr said...

yang penting dah ada tiket.
kim slm alex.

jeffry azizi jaafar said...

walaupun bukan fan man u, aku tetap ada cita2 nak pegi tengok ngn membe2.last2 kira2 balik kos beh kurang 200 campur mkn.membe2 aku yg fan man u pun tak jadi gak.

skg plan duit tuh nak guna g langkawi.hahaha.

* said...

simpan lagi tak tiket hijau tu?
=D

Cutestamoi said...

1995? Uhh.. I just 15 years old mase tu.. hmm.. Nanti ko jumpe la laki aku kat sane.. hehe

moze said...

Ikut aku, nak jer gi tgk time MU dtg tahun 1995. Tp disebabkan duit pon mak bpk bagi buat blanje g skolah... tgk jer la kat surat kabo.
So far yg gua tau, MU nyer flight ptg Khamis England time so reach KLIA (LCCT kot..Air Asia kan sponsor diorg..wakaka)pagi Jumaat.
Training ptg Jumaat selepas smyg kat Masjid KLIA agaknye..
Anyway... c u there bro!

SPiDERiE said...

salam.

best dowh blog ko. lagi2 time ko bahan team2 EPL selain Man Utd..hehe..

jumpe kt bukit jalil! jgn lup pakai jersi malysia ada nama amri yahya!

(aku membe mije)

Alina said...

eh, search di awan biru pegi dak?

j or ji said...

Alina : macam tak pergi la..

zewt said...

tak salah saya... 20 ringgit satu tiket, bukan dua...

masa 1995.... sehari sebelum periksa amali kimia...masih pergi.... gila aku.

nazri said...

aku tak penah pergi sekali pun game man u kat kl ni

tak true la aku ni gamaknye.

j or ji said...

zewt : "Setelah membeli 2 tiket berharga RM20 satu" = ..after i bought 2 tickets at rm20 each.


-samada i silap atau u confuse, matematik mesti diajar dalam bahasa malaysia jugak!

LOL!

babazahra' said...

oi cerita lah cepat malam ni punya game. jeles gile lah gua. mesti lu nk bikin ayat poyo2 nie. dapat gambar dengan giggsy tak?

Huzaiba said...

ingatan kamu sangat baik

Pipiyapong said...

Woi Amri Yahya pun tak boleh jaga. Gua geram tengok dia berlagak dalam paper hari ni...!!

j or ji said...

baba : gua sedang draft ni..hehehe. 2 kali MU main beb,,tak lepas jugak lu nak pergi!

Huzaiba : sememangnya lelaki sangat cekap kepala otaknya dalam hal2 yg mereka minati. itu facts. :P

PP : selepas satu stadium maki, barulah amri yahya score. dala Utusan,dia kata "saya dah tau gaya Van Der Sar"..

terus gua makan suratkabar tu!

zewt said...

hahahaha... bukan matematik... bm aku memang sudah karat... kena belog dengan BM... latihan!