Friday, July 24, 2009

Dimana patriotik dalam sukan bolasepak?

Aku dapati ada beberapa komen di fesbuk dan juga blog memperkatakan tentang semangat patriotik pada perlawanan antara Manchester United vs. Malaysia tempoh hari.
Mereka mempersoalkan dimana penyokong Malaysia dan kenapa hampir 85,ooo manusia yang hadir hari itu menyokong Manchester United.

Aku tak faham kaitan patriotik dengan semangat kesukanan, sekurang-kurangnya dalam kes bolasepak Malaysia dan Manchester United la.

Tapi, sepanjang aku berada 3 hari di Bukit Jalil menyaksikan perlawanan bersejarah hari itu, aku mendapati sokongan kepada pasukan Malaysia sangat padu. Cuma takda la seorang pun manusia menjerit bila nama Amri Yahya disebut oleh MC, berbanding dengan nama Rooney. Tetapi apabila Amri Yahya menjaringkan gol, kekuatan decibel jeritan penyokong adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan sorakan ketika Rooney score.

Aku tak nampak langsung isu patriotik dalam kes Man Utd vs Malaysia. Apa yang aku nampak ialah semangat kesukanan yang tinggi antara pemain dan penonton dan semua berpuashati dengan perlawanan yang berlangsung. Muhibbah jangan cakap la, berbagai bangsa dan agama ada.

tak sampai 10 orang pakai baju kuning Malaysia

Daripada pemerhatian aku juga, 100% penyokong Manchester United yang hadir malam itu memakai jersi asli buatan Nike sementara 90% penyokong Liverpool di Malaysia membeli jersi palsu 'Made in Siam' yang tertulis 'Liverpool FC' di bahagian tengah jersi, bukannya 'Carlsberg!'

Tapi, itu cerita lain. Itu cerita 'marketing', Islam Hadhari dan sebagainya.

25 comments:

Nazri said...

isu Carlsberg:

"Kalau true kenapa tak pakai jersi ori?"

alasan peminat Liverpool: nilai-nilai Islam kena jaga beb, sensitiviti. Dalam hal ini kita berpada-pada sudahlah. Yang penting hati.

Standar la, setiap peminat kelab mesti ada alasan 'menghalal'kan konsep kesetiaan terhadap kelab.

Bezanya,
Peminat Man U bersorangan, kalau dia kasi alasan dibawah sure kena juga.

Peminat Liverpool dibacking oleh peminat Chelsea, Arsenal, Newcastle, Bawean Putra, kelab-aku-tak-support-mana-mana-team-tapi-aku-support-team-yang-lawan-man-u.

Macam time sekolah dulu la. Kaki buli mesti ada geng yang ramai. Yang kena buli seorang.

Hakikat kehidupan bro. Seronok juga membaca dan menulis pasal bashing Man U. Hiburan.

Hehe.

Eh, pekejadah aku komen pasal side note, bukan topik utama.

Oke, aku komen:

Dunia memang macam tu, ada sahaja benda yang hendak dikomplen.

Hoho.

erm said...

kalau malaysia main game sodap....watpo sokong orang luar...no brainer la

patriotism shok sendiri x aci!

Bean Jinai said...

Gua tak paham kenapa ramai sangat yang menyokong MU. main mcm budak pusat serenti je. tak mcm chelsea main, direct pass, crossing, quick tempo perghh..!!

j or ji said...

nazri : ideanya ialah, aku seronok 'bergurau' dengan the kops. peminat MU dikata POYO dan dibenci ramai, buat aku lebih gembira 'bergurau' bersama mereka, peminat chelsea,arsenal dan Bawean Putra!

erm : aku suspek mereka benci united yg lobih..bukan support msia bona.

bean jinai : budak pusat cool apa? happening je.

mr belo said...

sesungguhnya gua masih lagi kekal memakai jersi ber'tag' carlsberg tanpa ragu2..jgn bimbang..iman gua tak tergugat..

tapi sbnarnya gua ade topik nak lu bincangkan..gua nak tau sejauh mana survival man united fan without fergie nanti?

aku sbg penyokong the kop,dah rasa persaan bertukar ramai pengurus,but still spirit for the team tetap kuat..even the kop naik or turun dlm league..

gua tau lu penyokong tegar man u..sblm fergie manage man u barangkali..gua tau lu anggap fergie tu legend..will u maintain ur 'tegar' bile fergie takde?

p/s:ade banyak nak bincang hal bola dgn lu..tp gua simpan..gua sbg the kop,ilek2 sudah..

ayobkelubi said...

amboi lu sempat lagi nak bergurau ngan KOPS kan? lu mmg saje kan bro?. gua rileks jek pakai Calrsberg tu, mak gua pun tak kecoh pun.

yang dok ckp pasal patriotik tu saje jek.konon nak tunjuk sayang sgt Malaysia.

macam lu ckp. bila amri score, satu stadium menjerit bermakna masih ada yang sayanglah. nak risau apa.

mereka yang dok komplen patrioritik tu ada ke turun masa MALAYSIA main mana2 tournament?.

team kita ni lak, time friendly mmg all out abih, bila gie tournament. cam cilake. gua dah kaji patern tu bang.

kalau tak caya, tunggu lah SUKAN SEA nanti. mmg cilake jadinya.

bukan takat MAN UTD fans poyo, AL-AHLY fans pun ada yang poyo.apa yang penting?. kerjaaaaaasama.

Alina said...

bandung lawan selangor jumaat depan ni, turun?


aku da konfius nak sokong bandung ke, selangor.. huhu.

HAFIZ said...

x bermakna pakai baju Merah kita tidak Patriotik....

aku yakin dikalangan kita walaupun memakai jersi Red Devil tp di dalam hati juga ada semangat Patriotik Kerna kita anak Malaysia....

syukur lah ada juga kelompok kuning kat stadium ni....tapi tidak hairan kalau tidak ada langsung kelompok kuning kat stadium satu hari nanti

aku x de masalah dengan penyokong sebab aku tau diaorang ingin tgk kebangkitan team Malaysia... tp setelah tempoh masa yang lama di berikan kepada team Malaysia....inilah kesannya

bagi aku.....yang kurang patriotik di sini ialah pemain Malaysia yang bermain ala2 jebon dari dulu sampai lah sekarang....x nampak apa2 perubahan....

j or ji said...

belo : Alex Ferguson is immortal. so takda isu Man Utd tanpa Fergie. Kalau takda Fergie pun, aku dan semua penyokong Man Utd akan tetap 'tegar' poyo bersama-sama. LOL.

Aku suka kalau kau ada banyak idea nak berbincang.aku memang suka feedback dari the kops atau mana2 peminat bola. marilah cap teh kat demaju!

TQ.

ayob kelubi : aku setuju dgn pendapat kau!
kat stadium itu hari,aku sempat berfikir sekejap. aku nak team malaysia MENGEKALKAN corak permainan mereka yg macam hampeh itu. bagi aku, ianya adalah khazanah atau ciri-ciri malaysia yg tak ternilai. satu sistem permainan yang sangat 'RARE'. ada pernah tengok team lain main macam malaysia? takda!

kalau malaysia dah mula bermain macam itali, dah takda lagi kesenian bolasepak malaysia.

kita harus kekalkan keunikan mutu permainan bolasepak kita!

MALAYSIA!!

alina : aku sokong bandung atau mana-mana team yg lawan amri yahyah! jom!!

hafiz : aku rasa team yg ini ada sedikit perubahan...iaitu tiada lagi pemain yg berambut panjang dan bermisai.

itu je.

puteri said...

just tulis kt tempat chatting je

HeLLToRReS 5 - Singapore 0 said...

agree dgn j or ji...corak permainan malaysia mmg RARE...seperti mana kite dan kerajaan malaysia berhempas pulas nak mengekalkan khazanah batik malaysia, ke'asli'an tatasusila melayu, perpaduan antara kaum dan sebagainya...seperti itulah team bola sepak malaysia patut atau perlu mengekalkan corak permainan mereka yang unique ini...
cheers!

al razy said...

everybody know yg ni friendly match / exhibition match. Bukan game untuk dapatkan sesuatu. tuh yang tak ramai pakai jersey malaysia. It's for entertainment. Tak perlulah dipersoalkan di mana patriotiknya kerana penyokong bolasepak malaysia ni masih sayang team sendiri. Sebab tu banyak komen, sebab sayang

al razy said...

btw, jersey liverpool aku original. Carlberg ada, candy pun ada .

jeffry azizi jaafar said...

sempat tgk kt tv saja..jaringan amri mmg superb.

AMMOSHAM said...

jor, gua layan liga itali sekarang. kalau roma datang KL gua bawak 3 bas pakcik makcik dari lipis.

musim ni memang MU takleh cari makan...nampak lemah...

j or ji said...

puteri : tapi saya nak komen panjang lebar :)

helltorres! : hehe.itu la maksud aku.
malaysia UNIK.

al razy : sayang anak tangan2kan..camtu? :) Candy klasik! John Barnes!

jeffry : hang tengok dari langkawi ka?

ammo : selagi as roma dgn jurulatih botak tu, tak kemana la nampaknya!

biar nampak lemah,tapi juara,dari nampak kuat (mcm roma) tapi.... LOL!

nizamhns said...

Ron..aku x jaki jipang pun MU dtg Malaysia...dtg la tiap2 bulan pun..xde aku jaki pun..duit aku se sen pun tak kuar bila MU dtg sini.

Pasal patriotik...errmmm..slps game LFC ngan Thai..draw 1-1, aku ada dpt kutukan dari 1 satu fan MU..sound aku, apalah..ngan Thai pun draw..and ckp.."tgk MU, kitai Malaysia dua2 game"...so pada aku, fan tu bangga la Malaysia negara dia kalah pada MU...

Pasal jersey..terpulang pada masing2 la. Hak individu. Jika org tu rase dia mampu beli yg ori jual kat Al Ikhsan rm259 utk sehelai jersey yg dah tentu x akan pakai tiap2 hari..go on. Aku lebih peningkan apa utama dulu...rm259, byk susu tin bleh beli tuk anak aku tu..hehehe..tepuk dada, tanye selera...hehehe..lama x baca blog ko ni..sori laa, terlebih reply plak.

j or ji said...

nizamhns : aku mmg menunggu komen kau! :P

nway aku bersetuju jugak. harga mahal,tapi sekali-sekali takpa maa..aku dah 8 musim tak beli jersi!!

sepanjang musim 90an, aku beli 8 jersi..sebab masih bujang la..dah ada anak, tak beli dah.

nizamhns said...

All the best utk new season..hahaha..

fhad said...

erk aku sbnrnye x minat tgk bola.. layan bola pun time piala dunia je... aku minat rugby coz aku pun main rugby.. haha... sebab2 aku jarang tgk bola sbb ni la.. fans same fans pun nak laga2.. lagi satu mutu bola sepak kite mesia ni jauh di ketinggalan la.. ejas macam mane pun teknik tu ble masuk padang je comfirm main cam bdk skola rendah.. haha.. majulah sukan tuk diri sendri b4 main tuk negara ok.. heheh

j or ji said...

fhad : kat sini kami tak berlaga. kami beradu ketahanan menahan kutukan aje. sapa tak tahan, boleh ubah siaran ke Cit Cat Azwan atau AF8. Amboi amboi amboi....

apa yang aku tau pasal ragbi ialah,bolanya lonjong! lain aku tak tau.

TQ sebab follow LKNY!

IntoTheWild said...

Argh..apa2 hal pun kalau MU dtg malaysia gua pergi, kalau The Cure datang gua pegi kalau Hetty Koes endang datang pun gua pergi kalau ada rezeki..sbb gua minat. minat adalah diversion from your normal routine. bukan untuk sesakkan pemikiran.sekian -end-

BaitiBadarudin said...

Salam, ngomong MU vs MalU? Bicara apa pun, pokoknya bahagia!

j or ji said...

baitiBadarudin : iya dong!

Weed and Bandages said...

dah lama tak nampak perkataan 'Islam Hadhari'. :)