Jumaat aku half day. Boss aku yang sokong Chelsea takda masalah melepaskan aku balik awal.
Sememangnya terlalu jauh terbukanya minda penyokong kelab bolasepak didunia ini jika tidak menyokong Liverpool. Dunia mungkin akan lebih aman. Tiada peperangan dan kemiskinan.
Jiwa aku tak tenteram sepanjang kutbah jumaat di mesjid tengahari itu. Bukan kerana terlalu excited nak ke Bkt. Jalil, tetapi memikirkan betapa tenang dan murni dunia ini tanpa penyokong Liverpool. :P (hello Shah! hehe)
Selepas berjaya meloloskan diri dari pandangan Layla Kathija yang sibuk bermain dengan kazen2nya, aku dan Pidda berangkat ke stesen tube Tasik Permaisuri. Naik tren yang penuh sesak dengan penyokong Manchester United membuatkan aku emosional. Teringat nostalgia 1995!
Sekitar 45 ribu penyokong Manchester United berada didalam stadium menunggu pemain United keluar memanaskan badan. Matahari betul-betul berada dibumbung stadium memancar terik ke muka aku dan pidda serta separuh stadium. Bila pemain Malaysia menamatkan latihan mereka dan masuk ke bilik persalinan, pemain United pun keluar, disambut oleh sorakan dan pekikan ..
"Rooney! Rooney!".
"Owen! Owen!"
"United! United!"
Klimaks!
Akitiviti diluar stadium selepas selesai berlari bersama Rooney memang banyak, gerai dan permainan. Macam pesta la, tapi semua aku tak pergi kerana aku dah berada betul-betul depan stage yang disediakan oleh Stadium ASTRO. Wicked Aura Batucada sedang perform. Gila best band ni! Semua orang betul-betul enjoy tengok mereka. Memang mengujakan! Kira- kira jam 8 malam, Zainal Abidin Rawop datang menghentikan show mereka.... kerana menghormati waktu maghrib.
Wicked Aura Batucada
Wicked Aura Batucada18/7/09 . Perlawanan Epic.
Aku sampai ke stadium Bukit Jalil (yg dah macam Old Trafford) pukul 4.45 petang. MERAH. Itulah warna 'lautan manusia' dari stesen Star sehingga ke stadium. Bising, bersemangat dan macam biasa, mengujakan. Jika semalam sekitar 45 ribu, hari ini jadi 85 ribu. LAPAN PULUH LIMA RIBU penyokong poyo Manchester United bertandang ke Bukit Jalil ingin menyaksikan pasukan yang mereka cintai dan sanjungi bermain menentang pasukan kebangsaan Malaysia.
Dari ceruk rantau Malaysia, Singapura dan Thailand, berbagai bangsa dan warna kulit, agama dan kefahaman, berkeluarga dan kawan-kawan, atuk,nenek cucu cicit, semua ada! Semua memakai baju United,jersey dan berbagai aksesori United. Yang menariknya, ada peminat Liverpool pun sama datang memakai jersey Torres, Owen dan sebagainya. Semua berjiwa sukan yang tinggi...
Juga beberapa kerat memakai baju skuad harimau,...auuuummmm Malaysia!
Bersesak-sesak memasuki pintu stadium yang direka khas untuk menyusahkan keadaan, aku tiba-tiba terbayangkan, alangkah bestnya kalau setiap kali berlangsung perlawanan liga Malaysia, suasana begini akan berlaku di stadium. 80ribu saksikan perlawanan NS menentang Kedah bukan 2 ribu seperti selalu di stadium Paroi.
Perlawanan dimulakan dan Malaysia mendapat peluang melalui tendangan percuma diminit ke 5 (lebih kurang) dan satu stadium bersorak "Malaysia! Malaysia!" Jelas, walau jiwa telah mereka jual pada setan merah,hati mereka masih lagi milik Malaysia! Bravo! Nampaknya, kedua-dua pasukan mendapat sokongan yang seimbang dari penonton. Bila Rooney menjaringkan gol pada minit ke 8, stadium bergegar! Dan bila Nani menambah jaringan pada minit ke 27 lalu melakukan trademark summersaultnya, makin histeria penyokong.
Sesekali Malaysia menyerang, tetapi seperti tidak ada idea, lalu bola samada hilang dari kawalan atau mencuba dari jauh dan tersasar. Pemain tengah tidak dapat atau gagal membaca pergerakan Amri Yahya. Amri cuba mengelirukan pertahan United dengan berlari kekiri lalu membuat turning dan berlari semula kearah kanan, tetapi pemain midfield telah pun menghantar bola kekiri.... sepatutnya mereka mestilah pandai membaca pergerakan masing-masing dan membuat hantaran tepat.
Amri Yahya membuat satu percubaan 'tamak' dari jarak 30 meter dari gawang dan tersasar kira-kira 10meter. Satu stadium bangun memaki dan menjerit!
"passing la dulu bangangggg!!!" jerit satu brader.
"rambut je panjang macam yahudi! tapi bangangggg!" jerit seorang lagi. sahut menyahut maki-makian aku dengar. Standard di stadium seluruh Malaysia sebenarnya.
Tiba-tiba Amri melakukan satu volley luarbiasa, satu stadium tergamam menyaksikan bola itu melambung dan menjunam melepasi Van Der Sar sebelum serentak melompat dan menjerit "GOLLLLLLLL!!!!!"
Paling kuat menjerit gol,brader yang kata yahudi tadi la.
Selepas itu Amri Yahya menambah jaringannya pada masa kedua apabila pertahanan United membuat passing ke belakang ke arah Ben Foster, Amri meluru dan melorongkan bola ke gawang. klasiiikkk!.
Man United baru terasa seperti 'perlu bermain' bola semula. Mereka tak mahu seri atau tewas, lalu mula bermain dengan laju. Apabila Owen dan Giggs hendak dimasukkan, satu stadium bersorak "Owen! Owen!" nampaknya kehadiran Owen dalam pasukan United diterima baik oleh penyokong Man United di Asia.
Giggsy paling fancy dengan backheel passing dan lariannya. Apabila Macheda bertembung dengan panjaga gawang Malaysia, Owen merampas bola lalu melorongkan bola,rendah ke gawang Malaysia dan.... satu stadium orgasm beramai-ramai! memang macam dirancang, Owen menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 84, sesuai menjadi hero penyelamat baru kepada United.
Aku pun heran gak, semua suka Owen!
Layan gambar kat fesbuk utk berita secara bergambar lain.


18 comments:
Penyokong Malaysia tetap handal mencampurkan team import dan team sendiri
Gua sokong Malaysia..MALAYSIA NEVER WALK ALONE.....
gue pun sokong Malaysia bersama segelintir rakan2 Harimau Malaya! wat pertama kali dalam hidup gua benci MU! padahal Hardcore MU! tapi cintkan Malaysia lebih dari Setan... hehe
kruel : mereka sentiasa berada diambang serba salah. bukan tak cinta tapi selalu dikecewakan :P
Firol : heh..mau tiket pergi singaopre tengok liverpool? sponsored by carlsberg.
aweeff : 1Malaysia beb! :)
memang happening gile match hrtuh!!!
hahaha
smpai abes suare aku jerit Owen and Anderson...lawa ah performance Anderson hrtuh...
moge2 Uncle Fergie xterpengaruh utk beli Amri Yahya...hahah
balik dr stadium ayah cik ween ckp
"ko jgn terkejut nnt real madrid nak beli amri"
hahahah kata2 penuh dgn sindiran
disamakan pulak
kekalahan malaysia dan kekalahan BN
dr pandangan pemimpin BN
kalah itu menang kata mereka
so hr nie pegi lg tak????
sempat pulak ngko hello kt aku. haha.
hahaha...
gua bukan main cakap amri bodoh...
boleh depan gol nak berfikir, nak shoot ke nak passing...
tapi dia gol gua bersorak jugak....
hahahaha....
malam ni tak turun?
Bro, jauh disudut hati our legion memang nak Owen main kat MU after he returned from RMadrid, termasukla aku...kekekeke, he's a prolific goal scorer. May the force be with him
hah poyo lah. oi bukak cerita lain lah, nasi lemak tak sedap ke, harga ikan naik ke.
dzulhafizi : hari ni pergi lagi!
arween : pergi! isu bola pun boleh dipoltikkan :P
shah : dedaun masa tak invite aku ke?
iyan : sama la! kakaka. malam ni lets go!
Alke : pemonat msia betul2 suka ngan owen. aku rasa dia memang menjadi nanti.
babazahra : wakaka..peminat MU kan selalu dilabel poyo. tu yg aku beria-ia tu.saja kasi panas. Pak ALex kata nak tour ke Libya, tapi tak jadi. Gaddafi tak bagi! :P
jumpa di rematch!
- "rambut je panjang macam yahudi!tapi bangangggg!"
- satu stadium orgasm beramai-ramai!
(KAH KAH KAH! KAH KAH KAH!)
Gua tak blah tengok owen pakai jersi Manchester. Rasa nak lempang.
bro... aku tak dapat duduk... kena berdiri dan intai dari celah celah dinding... sigh...
giggs tu... sengaja backheel!
u r one of the greatest blogger that i have ever seen in my entire 'internet' life bro...although im a die hard liverpool fan,i like what u write in here..fancy ur opinion on other teams as well...cant wait for ur next entry..warm regards to pidda n LK aite...u r a great man...
erm : rematch pun gua pergi! hati paneh punya pasal! bukan selalu Man U datang.
pyanhabib : hahaha.
Owen : secara peribadi, Owen pakai no. 7, macam tak boleh blah je.. tapi,kasi dia peluang utk buktikan.
zewt : aku duduk kat tangga! tapi rematch, banyak seat kosong,so boleh pilih mana nak duduk.
anon : wow! are u serious? i mean, u r not being sarcastic,aite? double meaning or anything..
tiba-tiba aku rasa tak sedap hati pulak..sebab next entry aku bertajuk '10 dalil mengapa Liverpool pergi Singapore (bukan Malaysia)'..:P
nway, THANK YOU very much for the words man..
TQ!
seriously...bukan sacarstic or double meaning...just enjoy ur writing...kadang2 ada banyak info, kadang2 kelakar tahap gaban, kadang2 membawa kesedaran..semua adalah...seriously mmg enjoyable experience...
masukkan je entry pasal liverpool tu...i`m down wit dat..
Post a Comment