Aku pergi Param depan rumah petang semalam.
Adala dalam 10 ke 15 kedai. Mini Param la.
Keseluruhan makanan, kategori B atau C la. Kategori 'nampak pun dah tak sedap,inikan pula rasanya'. Aku tak berbelanja banyak. Lagipun mahal.
Murtabak saiz wallet Rm2 satu.
Satu jag air tebu RM3.50
Roti John RM3 satu.
Itu aje yang aku beli.
Aku tak mahu beli banyak. Masa berbuka nanti, semua nampak macam sampah dan memang terus ditongsampahkan. Aku tak support peniaga yang aku rasa mengambil kesempatan diatas kegeraman nafsu pembeli yang akan beli apa sahaja walau peniaga membuatnya dengan kaki sekalipun!
Gadis-gadis Kolej Jururawat Mahsa yang berseluar pendek dan baju ketat juga membuatkan aku cepat mahu tinggalkan Param tersebut. Kalau dengan duit pun aku berkira, inikan pulak dengan pahala puasa! ecewah!
Wednesday, August 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
peniaga sekarang
lebih mementingkan wang dr kepuasan
huhhuh serik nak g param
especially param putrajaya
Siap pandang bawah bila berjalan masa tu kan...
perenggan akhir kemas!!
mana param lu p perenggan akhir tu menarik kaki aku ke sana juga...di mana?tu pasal gua tak nak pergi param stadium sak alam.mmg punah puasa gua...
=P
kek pilah pun samo yo....
bro, kek mano yo kolej kejururawatan MAHSA? Den raso nak poie registor la, tak pun poie param. buka apo, bulih den buek teladan kek anak den, kekekekeke.
hahahaha.. siap terpandang tu pakai labuh ka pendek.
ji,agak2 warih, kok yo pun, mana ko tahu semuo pakai suar pendek?. umangg aiihh.bulan poso tu bai?. kalau lopeh rayo?. umanggg aih!
HaHaHa...Takut kurang pahala puasa ek...steady bro..
Siap tahu nama kolej...cilakak betul.
Selamat Berpuasa Jorji!! Pesal air tebu harga mahal sgt ah?
kat sini bukan org yg beli je terdedah...yg menjual pn tertedah...pk 10 kali nk beli....
seluar pendek baju ketat biasa la tu. jangan pandang lebih2 dah la. tu yg kurang pahala puasa tu;.
salam kenal
nice blog
nice entri
setuju sgt peniaga memang suka ambil kesempatan
Mujur param bukan taraf masjid...
Tapi param perlu dihormat juga..
Param param juga
mata kena jaga
Betul! betul!
betul!
Kata Ipin
bagus tu takut point puasa jatuh..patut diteladani!!
Post a Comment