Friday, August 07, 2009

update

bzbzbzbzbzbeees.

1. pergi workshop photografi yang dianjurkan oleh tempat kerja Pidda, kelolaan Amri Ginang.
2. belajar photoshop sendiri. mencabar dan menyakitkan hati. 3x karate monitor.
3. pidda kritik kualiti gambar yang gua ambik paling buat gua menyinga!
4.LK kadang-kadang buat perangai. Baru-baru ni,kat The Curve, dia kencing dalam sebuah kedai roti. Terus aku senaraihitamkan kedai tu. Nak makan roti, kene pergi kedai lain.
5. toskin,tesauran dan tisker = stokin, restoran dan sticker. LK ada beberapa perkataan yang masih salah sebut, tapi aku biarkan. perkataan lain dia ok.
6. Pidda eksiden kereta tiap minggu. yup. TIAP MINGGU.
7. Kenapa la susah sangat nak fahamkan orang yang - menahan orang tanpa bicara itu - tak cool.
8. Demo cool.
9. Pergi Melaka. Naik bot sungai Melaka dan beca. Kenapa beca Melaka mesti dihias sebegitu rupa? dan mestikah nak pasang lagu??? argh! nway..bot ride tu bagus, walkway belakang kedai mengadap sungai juga bagus. cuma kurang aktiviti.


10. Aku merancang nak adakan satu demo besar-besaran depan Astro Bukit Jalil. Naikkan harga untuk sport package! aku nak hantar memorandum kepada KJ. KJ caya sikit. Ada chance tindakan akan diambil. Lagipun demonstrasi melibatkan KJ tak diganggu polis. Kita jangan biarkan Astro naikkan harga package sesuka hati!

14 comments:

lulujunior said...

bro! tau takpe. hangin satu badan sport package dah naik!

Nazri said...

"demo cool"

mu kata pada kawe ke?

Kehkeh.

silalah melayari gegambar demo anti isa saya di sini: http://www.flickr.com/photos/cintalumi/

Pipiyapong said...

Bab sport package tu gua tunggu kata putus dari kedai mamak. Kalau mamak kata teh tarik kena naik, gua follow lu demo.

AMMOSHAM said...

1. gua pun nak ikut belajar ambik gambar. suruh mamat tu buat satu pakej kat terengganu.

2. sports pakej tu memang panas. tiba2 bini gua tuduh gua pulak yg suka hati2 order pakej sports sedangkan gua kasi tahu bini gua yang sports dah lama ada. astro memang menimbulkan perbalahan.

3. time H1n1 ni demo tak cool.

ayobkelubi said...

itulah pasal, macam gampang lah suka2 hati naikkan rega, kotnya takde modal nak bagi bonus kat staff, jgn naikkan lah rega, cariklah duit belah lain..

erm said...

cana nak handle kalau anak kencing kat shopping mall?

*salin note*

scary!

j or ji said...

lulu : tapi tetap melanggan kan? :P

nazri : kawe tengok dah gambar2 demo (demonstrasi). menarik shot2 demo.
kalau demo cool,kawe pun cool jugok!-ayat style lagu M.Nasir.

PP : baik! kita boikot mamak sekali masa tu!

ammosham : semua kelas photografi mahal! yang aku pi tu percuma. kalau berbayar,aku tak rasa aku nak pergi.
aku rasa kau dah ada kes utk saman Astro. LOL!

ayob : hak penyiaran BPL dah naik.
Astro dah lama tanggung kos berlebihan tu (kata suratnya la)
bukan sebab AK nak beli newcastle.
tapi aku rasa kita directly tanam modal jugak kat kelab2 di england. terutama liverpool. hmmm :P

erm : kedai roti,pasar kat sg. penchala, salon rambut, rumah orang..antara beberapa tempat LK dah buat onar. aku maintain cool je.pura2 marah LK..pastu aku gelak dalam toilet dgn LK.

shafarina said...

Pergh, sekali update berderet!

Part Pidda tu, eksiden minor takpe. Tp extra careful ler :)

Demo tu aku sokong eh. Gila babun naik harga. Aku buang byk pakej yg ada, last2 dulu seratus lebih skang 8+ jek. Padan muka asterok.

Alke said...

hehehe...wa actually tak tahu pun sport package naik harga. Tapi, kalau dia naik pasal alasan golf, hangin la gua. Macam la depa buat live sendiri kat Augusta tue. Anyway, kalau naik harga, tapi ada live liga indonesia ke, live dari liga Argentina ke, aku rase berbaloi - baloi kot.

Pyanhabib said...

demo tibai sport package astro? waaaaa...

zewt said...

haha... no choice brother... musim baru nak mula... sports package is a must.

susudalambotol said...

kalau anak aku nanti terkencing kat kedai MNG The Curve, ntah camno lah aku nak cover tuhhh.

ajar aku, j!

lola said...

bang.....kalau berenti tgh jln kat cimb cam tadi tu camne la tak eksiden.....hehe

j or ji said...

hids ; buat2 marah anak..pastu tarik dia keluar dari lokasi kencing dan bawak ke tandas untuk cuci/tukar seluar.

senaraihitamkan lokasi kencing!

lola : wakakaka! kantoi!