Wednesday, September 16, 2009

Siput Almond London

Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya.
Zaman dulu, para Sahabat menangis kerana sedih mahu berpisah dengan Ramadhan.
Begitulah indahnya Ramadhan pada mereka yang menghayatinya.
Semoga kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

...........................................................................

Aku suka Hari Raya.
Adik beradik balik dan berkumpul bersama di kampung. Anak buah aku akan berkumpul mengikut kategori umur. Yang remaja lelaki, muka jem sikit, sebab mereka tak suka duduk kampung lama-lama. Takda playstation atau aktiviti KL mereka. Yang lelaki dan masih bersekolah akan buat akitiviti curi-curi mandi sungai. Yang perempuan akan duduk bilik bergossip dan apabila tetamu datang,aku akan paksa mereka siapkan air dan serve kuih, basuh pinggan dan blabla. Mereka juga akan jem. Yang kecik-kecik berlari, bermain pasir dan bergaduh. Kejap-kejap ada yang menangis dan ada yang datang buat report. Yang bahagian ini,aku selalu kene monitor. LK termasuk kategori ini. Main pasir tak ingat makan. Kadang-kadang aku menjerit. Kadang-kadang aku sergah. Selalunya aku akan rotan. Pokok bunga memang jadi bahan buat kek la bagi kategori ini.

Untuk rekod, aku ada 37 orang anak buah yang berumur 2-3 bulan hingga ke 20an.

Di Hari Raya, perut tak pernah merasa lapar. Memanjang makan aje. Kesian perut. AKu selalu takleh nak kawal. Lepas makan, lalu meja makan, makan lagi. Tapi, aku perhatikan banyak kuih old skool dah takda. Diganti dengan kuih-kuih moden yang lebih mudah membuatnya (membelinya) Maruku pun ada dihidangkan. Bukan sebab semangat multi racial atau 1Malaysia. Sebab mudah dan murah. Aku tak makan muruku atau kerepek waktu raya. Apa kelas! Kerepek tiap malam ada makcik jual kat uptown. Tak payah tunggu raya. Muruku dan kacang juga.
Mana kiuh siput?

Tapi buat kuih old skool memang payah, lama dan memakan tenaga. Rasanya tak la sesedap biskut almond london.

Persediaan raya aku ala kadar aje. Aku shopping sampai insaf! Semua baju LK dan omaknya aje. Aku tak reti beli baju raya. Baju melayu terakhir aku tempah ialah baju kawen. Aku tak amalkan konsep sedondon dipagi aidilfitri. Pidda hangin je. Tapi aku memang kedekut pada diri sendiri. Janji LK dan omaknya cukup pakai raya ini sudah. Kalau aku dapat sehelai jersi away Manchester United kaler hitam, hari-hari Hari Raya!

Okla..aku sebenarnya takda mood sangat ini. saja update sebab line clear kat opis, suratkabar pun dah habis baca.

22 comments:

al razy said...

Aku memang tak pernah minat almond london dan kawan-kawannya.
Rindu kuih siput, kuih gunting dan kuih old skool yang lain.
Selamat hari raya ron.
Aku tak kahwin ni boleh dapat duit raya tak?

Pipiyapong said...

Gua tak tahu apasal. Tapi gua banyak makan bahulu. Lepak rumah member pun habis bahulu satu balang.

joegrimjow said...

37???
ramainyaaa

shafarina said...

jenuh nak kasi duit raya

erm said...

minggu lopeh....kono kacau penganan.....sebagai anak buah bertanggungjawab....kono la balik kojap

Alke said...

bro, sekali boleh makan, makan. tapi berpada la ye. yang indahnye raye ni ialah perlwanan menentang the shitty pada malam raya. wahhh...bermakna sungguh raya wa kali ni....kot....mintak2 la menang. kalau tak, mau ade kuma masam pagi raya tu .....kekekeke.

kruel74 said...

Selamat menikmati baki Ramadhan, hal raya, cite time raya

jeffry azizi jaafar said...

haha..besiap sedia utk jd sengkek..byk tuh bebudak nak kena bg duit raya..37 org.

nizamhns said...

Ron..aku & wife baru je tolong mak aku siapkan kuih gunting..3 tin penuh! Kuih rasmi umah mak aku biler time raye..hehe

ayobkelubi said...

gua ingat gua champion. 23 orang. lu lagi champion!

betul,gua rindu kuih sepit. kuih skang nie tak beberapa nak masuk tekak sgt.

selamat hari raya bang!

HeLLToRReS said...

ayah mithali la lu bro...
apa apa pun gua nak ucapkan selamat hari raya pada lu dan keluarga..jalan balik kampung nanti hati hati..minta ampun dan maaf kalau gua ada terkutuk masa baca blog lu..apa apa pun lu mmg best! Selamat!

FdausAmad said...

Untuk rekod..lu boleh declare tak berapa beradik lu ada bro?,

gua buat telahan 10

j or ji said...

11 orang. 9 perempuan, 2 lelaki.
Gua no 10. Supermokh!

* said...

selamat hari raya to you too!
=D

Weed and Bandages said...

kuih lama juga best.

selamat raya

Rambo said...

gila meriah! 37 orang.

Selamat Hari Raya, Dude!

cik gemuks said...

selamat hari raya kpd awak sekeluarga

rindu saat tolong arwah nenek pukul telur nak buat kuih bahulu

huhuhu kena bau asap sabut kelapa lg

pergghhh pedih mato

Q said...

selamat hari raya juga pada lu beb...rumah lu kat maner? maner tau kalo sempat gua singgah ker....

Pyanhabib said...

rekod: tak sapa ajak ese rayo kek piloh!
selamat hari raya.

Alina said...

selamat beraya untuk jorji, pidda, lk dan warga pilah.

BaitiBadarudin said...

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin

susudalambotol said...

selamat hari raya, J and family!