Tuesday, November 10, 2009

LK update




Dah lama aku tak update blog. Asyik dengan blog sokernet je. Bagusnya aku tak perlu cerita pasal bola lagi kat sini. Bolehla aku hanya bercerita pasal aku dan Layla Kathija.

LK masih lagi bercerita tentang tuhan. Kenapa tuhan takda tangan? Kenapa tuhan tak tidur? "Ayah kata tuhan is great? macam great job tu ke ayah?". Entah apa la yang diajar kat Taska tu. Buat masa sekarang ni, aku tak perlu report Jais lagi, nak bertanya tentang tauliah mengajar. Masih lagi dalam kawalan.

Aku juga ada belikan LK sepasang jersi dan seluar Manchester United. Tapi setiap kali aku nak pakaikan,dia tak mahu. "Layla girl, bukan boy!" dia kata. LK hanya nak jadi princess aje.

Masa pergi Pasar Payang kat KT dulu, aku ada beli rotan untuk LK. Cukup berbaloi. Sekarang ini, kalau dia degil aje, aku akan berdiri nak capai rotan, dia pun terus insaf. Malas mandi? capai je rotan, dia berlari la ke bilik air. Rotan itu berjaya mensaiko dia. Aku tak perlu rotan pun, hanya capai aje. Sian dia.

Ofis baru ni pulak, mana punya malaun pandai sangat ke badigol sangat, dia pergi bloknya fesbuk, youtube dan social networking lain. Gila bosan!

Apapun, Jang dah jadi Juara Piala Malaysia. Berbaloi aku pergi Bukit Jalil.

13 comments:

cik gObu said...

banggo n9 monang hr tue

tak sio2 bersorak dalam panggung wayang waktu dpt sms mengatokan kito dh lead 2-0

time tue dh yakin dan pasti kita akan menang :)

LK semakin membesar
semakin menunjukkan girly nyer
heheheh sila belikan baju pink sahaja yer

kruel74 said...

Tiba2 aku pun ngaku orang Nogori. Tak sedar diri. Padahal seumur hidup tak penah pun ada association dgn apa2 yg dtg dari England, mahu pun Amerika, bahkan dgn Indonesia, except nenek moyang dari sana...

* said...

aku tgk kat TV je.mcm nak tercekik tgk board tukar player tu still yang jigsaw puzzle nyer type.mana digital board?mana dana juta2 weh?!

huhu

kezen:pakteh gi stadium tgk live eh?
pacik:aah..kayu,besi semua ada dalam bonet.

bengong.

apa2 pun gulai lemak umbut the best!

Alina said...

aku pon semangat jadik orang nogori. haha.

weh, awal2 lagi kau dah nak indoktrinisasi LK eh.

scootrulez77 said...

Cube bagi die pakai Baju Biru..Sure dier nak.

Pipiyapong said...
This post has been removed by the author.
Pipiyapong said...

Kebetulan Arsenal ada buat gaun kembang kembang macam princess. Try la belikan. Keh keh keh...

Cilaka komen gua kat atas ni salah eja. Terpaksa gua padam.

pidda said...

pipi, gua rase eduardo yang design gown tu..betul tak?

Pipiyapong said...

Iye... Eduardo dengan Sagna yang rambut macam gaun tu.

ayobkelubi said...

0o0o0o0.

liverpool ada gak gaun macam eduardo tu, siap pakej bola pantai lagi. :P

ayobkelubi said...

lupa aku nak ckp.

aku ada tool yang boleh bukak everything even though kena blok kat opis ko tu bang.

u95 namanya, mmg mantap.dgn tenang jek bukak facebook walaupun kena blok.

kalau ko mahu, kasi reply sama ini email.

ayobkelubi@ilppedas.gov.my

zan said...

Walaupun di block dari server ke yob? Menarik tu..hehehe

Anak ko memang comel jorji. Tapi berhati-hati dengan soalan2 "maut" tu. Silap jawab nanti sampai ke tua efek dia tu..hehehe

j or ji said...

TQ zan! google pun takda jawapannya.tu yg aku pening tu. :)