28 May 2004, 5 tahun yang lalu, aku diijabkabulkan dengan gadis pilihan sendiri, Noorshafida Bt. Rasidi.
Setelah terjumpa secara sengaja dilaman bicara PISSCALL dan kemudian bercinta bagai nak rak di talian telefon (masa tu aku di kg.gajah,Perak dan kemudian JB-projek merata tempat- dia di MMU Melaka dan kemudian berkerja di KL)
Kali pertama berjumpa secara fizikal, di The Actors Studio, tahun 2001 bawah Dataran Merdeka. Itupun malu-malu, diperkenalkan oleh Nikmat..ke Acad..Edan..ke Syikin..ke sapa ntah. Ramai manusia ketika itu. Bermula dari pertemuan itu, kami mula berdating secara mingguan di Seremban. Kos berulang alik boleh buat d/p Satria!
Ahhh.. nak cerita secara detail, kene buat fanzine lagi sekali nanti. Fanzine Cinta.
Terasa macam baruuuuuuu je semalam berjumpa dan berkahwin (statement aku yang Pidda sangat-sangat tak percaya) begitulah indahnya.
Sedangkan lidah lagi tergigit, begitu juga kami berdua. Itu biasa. Adat resam berumahtangga. Ada hari bukan main manja, ada hari, tanya dah makan ke belum- pun boleh jadi punca kelahi. Sesapa dah kawin tu faham la.
Aku bersyukur dan berdoa semoga perkahwinan ini berkekalan hingga akhir hayat. Dikurniakan cahaya mata lagi dan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki. Insyallah.
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 5, sayang. Juara sebenar dalam hidup.
p/s : maknanya dah 5 tahun aku bertaubat dari menjadi Romeo. Alhamdullilah :P
Thursday, May 28, 2009
Final Eropah : Man Utd 0 - Barca 2
MUKADIMAH
Dalam sebarang pertandingan, semestinya ada yang kalah dan menang. Juga seri.
Juga tak pernah menang walau mencuba berkali-kali. :PDipentas final, hanya 2 pasukan terbaik sahaja yang layak berentap menentukan kejuaraan. Pasukan tersebut layak kerana mereka bermain dengan baik,mempunyai kualiti tinggi sebagai satu pasukan, mempunyai jurulatih yang sangat bagus dan barisan penyokong yang 'sebenar' yang tidak akan sekali-kali berpaling memberi sokongan kepada pasukan lain walau atas apa alasan sekalipun.
1st half
Apabila 2 pasukan terhebat bertembung, hanya kesilapan yang akan menentukan siapa pemenang. Man Utd malam tadi bermain dengan penuh kesilapan. Akibatnya, mereka kalah dengan penuh tidak bergaya. Mereka kalah kepada satu-satunya pasukan di planet bumi ini yang setanding dengan kehebatan mereka. Passing yang tak tepat, possesion takda.. dan satu-satunya pemain yang bermain di tahap sebenar hanya Van Der Sar. Yang lain bawah 7 mata.
Barca bermain bagaikan juara. Mereka bermain ditahap sebenar mereka, jadi mereka layak menjadi juara eropah. Barisan tengah mereka begitu bergaya, bukan tahap Anderson dan Carrick nak lawan. Hanya Roy Keane dan Paul Scholes sahaja yang mampu mengemudi bahagian tengah jika lawan mereka Xavi dan Iniesta. Tapi...itu sejarah.
2nd half
Aku tak kisah Man Utd kalah. Aku cuma kecewa mereka kalah tak melawan. Mereka tak jumpa momentum yang hilang. Mereka bermain buruk. Itu yang buat aku frust. Mereka banyak mengejar bola dan bila dapat bola, mereka membuat hantaran yang sia-sia. Barcelona memang layak menjadi juara Piala Eropah untuk musim ini.

Masa Tambahan
Aku penat 'bersilat' kat fesbuk hari ni. Macam-macam 'langkah' dan 'buah' aku keluarkan, semua 'kunci' aku 'patahkan' dengan baik. Serangan demi serangan berbisa dari penyokong Liverpool / juga Arsenal (yang tak menang sebarang piala musim ini...juga musim lepas..dan sebelumnya-juga tiada kene mengena dengan perlawanan akhir Piala Eropah) aku balas dengan 'kata-kata' lembut umpama Tai chi.
Difesbuk memang lebih meriah. Status dan komen yang berlawan-lawan. Kutuk mengutuk dan sebagainya. Tiada yang serius. Tetapi sangat jelas, 'Man U haters' sangat bergembira hari ini. Bagaikan dipagi Hari Raya, berbaju baru, mereka bergembira makan ketupat dan rendang sambil gelak ketawa dengan kekalahan Man United. Mereka lebih gembira dari penyokong kelab Barcelona yang sebenar. Hairan aku.
Nampaknya menjadi penyokong pasukan bolasepak Manchester United ini agak sukar juga. Dicop sebagai POYO hanya kerana bergembira dengan kejuaraan demi kejuaraan. Bila kalah di sambut dengan sorakan gembira penyokong pasukan lain. Tak boleh nak diubah lagi. Itu adat jadi penyokong pasukan Man Utd. Sebagaimana adat menjadi The Kops, terpaksa bercerita sejarah silam dan asyik bermimpi Steven Gerrad mengucup Piala kejuaraan Inggeris. Tapi sayang, hatta riben yang diikat di piala itu pun Steven Gerrad belum dapat membaunya, apatah lagi mencium. Itu adat jadi penyokong Liverpool.
Adat jadi penyokong Arsenal? belajar main betul-betul dulu, nanti aku bercerita dengan korang pulak.
Walaubagaimanapun, penyokong Manchester United sekali-kali tidak akan bersatu atau bersekongkol dengan penyokong Chelsea dan mengharapkan kekalahan Everton dalam perlawanan akhir Piala FA Inggeris nanti hanya kerana Man Utd kalah (pada Everton) diseparuh akhir dan tak layak ke final.
Kerana penyokong Chelsea pun tak memerlukan bantuan the red devils dan...
...bukan adat penyokong Man Utd nak buat perangai keji dan hina sebegitu.

Wisel Penamat
Akhirnya, musim bolasepak 2008-09 pun dah tamat, kecuali final piala FA, jadi, hujung minggu bolehla melayan Cerekarama di TV3.
Kepada peminat bolasepak, semua ini hanyalah minat sahaja. Minat dengan permainan bolasepak. Menjadi penyokong dan bercerita pasal bola. Jangan ada yang kecil hati atau simpan dalam. Hanya kaki bangku sahaja atau penyokong tipu yang sokong Liverpool tapi bukan tau apa pun, yang tak boleh nak dibawak bergurau secara berat disini dan juga fesbuk serta sms. hehehe. 0-0.

Tuesday, May 26, 2009
Fear and Loathing in Khao San Rd
Sunday, May 17, 2009
Manchester United Barclays Premier League Champions 2008-2009
CHAMPIONS AGAIN!
Perebutan untuk menjadi juara BPL untuk musim 2008-2009 tamat semalam walau dari segi jadual perlawanan, masih terdapat satu atau dua game lagi untuk dimainkan.
Ianya hanyalah pelengkap jadual dan perabih sirap dan gula untuk musim ini.
Cerita banyak tak guna, hati kawan-kawan pun dah banyak yang sakit. Kita tengok gambar aje la.
Aku akan buat ulasan menyeluruh nanti. Sekarang aku sedang mood holiday dan juga celebration. Cuti seminggu!

Wednesday, May 13, 2009
Boleh Blah!
Banyak citer kartun LK menontonnya di Taska. Di rumah cuma beberapa sahaja seperti Elmo, Bob The Builder atau apa yang ada di Astro 611 Ceria la. LK tak pernah tengok cerita Upin dan Ipin di rumah. Ben10 jauh sekali. Aku pun tak pernah tengok 2 kartun ni. Sesekali bila balik dari Taska, LK akan keluarkan 'line-line' kartun yang dia pick up untuk hari itu.
"Kak Ros, cepat la, kami nak pergi sembahyang Tarawikh ni" - Line dari Upin Ipin. Atau,
"Hi, nama saya Ipin, ini adik saya IPIN". LK sentiasa kata Ipin-Ipin..bukan Upin Ipin. Atau,
"No ploblem! No ploblem!" LK 'gagal' dengan 'R'. Semuanya dari Upin Ipin.
Di Taska memang macam-macam perangai ada. Bergaul ramai-ramai antara bebudak tu, mereka berkawan dan kadang-kadang kelahi. Nangis. Ada seorang budak tu, memanjang ada 'rashes' kat kult dia. LK pun pernah naik rashes kat kedua tangan dia. 'Bertempiaran' Pidda bawak klinik. Siap scan kulit tengok-tengok kalau ada lebih dari rashes. Itu style Pidda. :)
Pepagi datang Taska, jumpa seorang budak, memangjang 'selemo'. Pagi tadi dia berdiri di grill pintu, hingusnya mengalir melintasi mulut. Best!
" Ayah boleh blah!" LK cakap sambil senyum.
"Sapa ajar cakap macam tu?" AKu tanya dia.
"Kak Ros!" balas LK.
"Jangan cakap macam tu lagi, ayah tak suka, faham?"
Selama tengok Wonderpets, tak pernah ada dialog macam tu. Upin Ipin ni nak cool dan 'in' sangat! Jangan harap aku akan bukak kat rumah.
.........................................................................................
"Mencari kerja dizaman sekarang memang susah" kata Mr. Chin memulakan bicara pagi.
"Apasal"
"Yerla ..lu tengok itu Nizar, kene pakai Mahkamah Tinggi untuk dapatkan kerja dia semula. Itu Labour opis pun tak boleh tolong woo sekarang"
Lawak marketing pagi Rabu.
........................................................................................
Semalam aku baca The Sun UK online, takda pulak kata Ronaldo nak blah ke Real. AKu hanya baca Tevez nak pergi Liverpool aje. Hari ini pun takda news tu kat soccernet.
Ok,ini citer bola.
Ini pagi paper Malaysia kata dah sign deal CR7 pergi Real pulak.
CR7 nak pergi Real ka? pasukan belasahan aje tu. Team sayur. Real nak beli CR7 dan Kaka. Musim depan belum tentu pergi last 8 champions league. :). Tapi best gak kalau CR7 pergi Real. Nak tengok dia boleh survive tak La Liga. Kalau dia berjaya bawa Real ke final CL dan juara La Liga..dia memang sangat powerful. Kalau dia jadi flop of the season, camno?
Tapi, melihat aksi dia ketika dikeluarkan oleh Pak Alex masa game lepas, ikut sejarah, memang la kene blah. Tiada siapa lebih powerful di old trafford selain Pak Alex. Dun mess with him, theres only one winner, Pak Alex. Tengok la Jaap Stam yg terrer tu pun blah. Beckham tak kene dengan style dia, blah. Keano blah.
Semua hero boleh blah, Pak Alex tetap immortal.
OT akan sokong hanya Pak Alex. Manchester United juga bukan one man team. CR7 sangat powerful dan banyak membuat jasa di Man Utd. Tapi, Pak Alex is the boss. Walau CR7 is world footballer of the year, kalau buat Pak Alex tension, dia akan tendang.
Aku tak kisah CR7 tak ada. Man Utd akan sentiasa lahirkan seorang bintang. Dulu masa memula datang OT pun, CR7 hanyalah pemain hingusan sahaja. Pak Alex la yang membentuk dia menjadi seorang yang sangat terkenal. Bagus juga dia ke Real, dah 2 tahun berturut-turut dia bawak Man Utd ke final Champions league, dia perlukan pembaharuan jugak. Cabaran baru. Gaji baru dan suasana baru. Juga berhadapan dengan pemain pertahanan baru serta penjaga gol baru.
Tapi kalau Tevez blah, main pulak dengan Liverpool, berkokok la the kops. Mereka ni suka sejarah, nanti jadi sejarah la pulak.
Jual CR7 dan simpan Tevez!
Selagi Rudeboy Rooney ada, letak Park Ji Sung jadi striker pun Man Utd boleh jadi juara musim depan!
.......................................................................................
Tadi pagi kat site, banyak betul idea aku nak tulis, sekali hujan turun, semua dah dibawa bersama air lalu.
****************************************
Cerita best sekarang ialah cerita kamera.
AKu semakin 'stim' dengan dslr. Dah tau sikit-sikit, tapi bukan dah pandai. Hari tu aku bawak LK main layang-layang kat Kepong (kot?) tepi jalan MRR2 menuju Bt. Caves. Semakin boleh tahan hasil gambar. Tapi skill masih di gear 1. Clutch pun tak lepas habis lagi. Semuanya mengujakan. Cuma, hari-hari balik keje, sangat penat, jadi kamera hanya untuk hujung minggu sahaja.
Yang mengujakan ialah... pergi kedai magazine, aku tak beli dah Kerrang, Revolver atau music magazine ni.. nak buat apa, melambak dah kat rumah. AKu belek dan beli majalah kamera!
Sekarang aku sedang terkial-kial dengan flickr. Tapi tak upload gambar pun.
******************************************
Aku suka fesbuk. Aku suka tengok gambar kawan-kawan. Gambar orang pergi perasmian galeri seni, concert, disko. semuanya aku suka. Tengok perangai kawan-kawan. Jeles pun dengan kawan-kawan. Tiada musuh.
Aku ada juga menjawab kuiz buduh, sekali dua, tapi aku tak publish.

Wednesday, May 06, 2009
Jangan Tidur Lagi- AirAsia, Terbangkan Aku Ke Rome!
Anderson : "Mun!...hari tu kau bukan main kata nak tangkap bola Ronaldo kan...?"Mun : " amboi amboi amboiiiii!"
Updates (Ulasan perlawanan Arsenal vs. Manchester United at Emirates malam tadi)
The K I D S 1 - TEAM EROPAH YANG SEBENAR 3. Nak ulas apa lagi?
1. If the K I D S are UNITED, They will never be divided.
You cant win anything with kids! kata Alan Hansen kepada Alex Ferguson pada tahun 1995, ketika itu United dibarisi oleh pemain remaja keluaran akademi dibawah umur 24 tahun. 6 daripadanya dibawah umur 21 tahun! Pak Alex menafikan statement Alan HAnsen itu dan terus menjuarai EPL dan FA Cup pada tahun itu. Double! Dibawah Pak Alex, umur tidak menjadi faktor. Macheda berumur 17 tahun sekarang dan Ryan Giggs berumur 14 tahun ketika menandatangani kontrak bermain secara professional bersama United.
Mempunyai pemain muda dan senior serta gabungannya adalah suatu kelebihan kepada Pak Alex dan Manchester United yang tiada pada kelab dan pengurus lain.
Semestinya tiada pada Arse'nal dan juga Arse'ne Wenger.
2. Ferdinand Bukan Beyonce
Adebayor kata, AC Milan berminat dengan dia sama seperti Beyonce suka. Tapi Ferdinand bukan Beyonce. Vidic jauh sekali. Adakah Adebayor akan bermain bersama Arsenal lagi dimusim hadapan? Atau ke AC Milan? Mungkin pulang ke Togo.
Adebayor memang seorang striker yang bagus....jika bertemu kelab tercorot, semestinya.
Jadi, siapa neraka yang akan jual Kaka dan ganti dengan Adebayor?
3. Special Ron!
Almunia tidur! Bukan sekali, bukan juga dua kali Ronaldo menendang secara kejam dari jarak 40 yard dan mengoyakkan jaring gol, tapi Almunia, juga seperti kebanyakan penyokong Arsenal lain, tak mahu mengakui kehebatan tendangan berbisa kaki kanan Pemain Terbaik Dunia ini. Tidur!
David James mengeletar lutut, Peter Cech pakai helmet, Halim Napi ajak bertumbuk... first leg hari tu, dah bergegar tiang gol bila bola tendangan Ronaldo terkena palang (diberitakan Almunia sedikit terkencing masa tu) tapi masih nak leka jugak!
Tak kesian ke kat Arsene Wenger yang terpaksa tengok semua tu kat Emirates?
4. Penyokong Arsenal tak gentle!
Hampir separuh penyokong Arsenal di Emirates yang duduk di barisan hadapan Grandstand balik meninggalkan stadium ketika perlawanan masuk minit ke 70. Akibatnya satu eropah/ dunia melihat stadium hampir kosong dan aksi memalukan penyokong Arsenal yang menyokong pasukan mereka hanya ketika menang sahaja.... kalau kalah mereka pura-pura jadi penyokong Dart.
50% dari mereka percaya Arsenal tidak akan mampu melawan dan buat 'come back'. 30% daripada mereka fikir game bola melibatkan pemain remaja berlangsung hanya 70 minit, bukan 90 minit. dan 20% dari mereka balik kerana malu dengan Almunia.
Penyokong yang tinggal merupakan penyokong setia yang berkeyakinan tinggi bahawa Arsenal akan membuat comeback dan menjaringkan 3 gol...dimusim hadapan!
90% penyokong Arsenal di Malaysia perlahan-lahan tukar siaran ke channel 104 Astro Ria...layan Diari AF..tengok sapa yang terkeluar minggu lepas. AC dimana????? Tanya penyokong Liverpool untuk updates AF7 dan Azwan Ali..juga tips untuk lakukan afundi secara berganda.
Penyokong Manchester United tetap akan bersama pasukan mereka walau seteruk mana mereka dihina.
5. Berikan Messi untuk final yang lebih eropah.
Aku harap Barcelona akan ke final. Bukan nak merendahkan Chelsea. Mereka juga pasukan hebat yang boleh layak. Tapi Chelsea dah pergi final tahun lepas. Kalau Chelsea/Man U jugak tahun ini, sama la macam tahun lepas. Perlawanan pun sangat english la.
Tapi, Man Utd pun dah pergi final jugak tahun lepas kan?? Takpa. Juara eropah, dunia dan england, mana lagi tempatnya kalau bukan dipentas Final di Rome. Takan nak kasi Arsenal pergi final.. tak meriah la game nanti. Bak kata Evra dalam The Sun UK ;
“It was 11 men against 11 babies. We never doubted ourselves. - nak kasi babies main final?
Travel Agent, booked me a ticket to Rome!
Subscribe to:
Posts (Atom)