Aku dalam mood Evan Dando.
Aku dengar album Lovey dengan penuh perasaan 'muzik' sabtu lepas ketika memandu ke Urbanscapes Kuala Pilah. Semasa memandu dan 'tenggelam' dalam alunan muzik The Lemonheads, aku terfikir, bilakah kali terakhir aku benar-benar teruja dengan sesuatu musik/artis/kumpulan lewat ini. Tiada. Siapakah, yang bila mana aku mendengar sahaja muziknya,walau untuk pertama kali, aku terus 'feeling'?
Sangat lama atau sangat susah untuk aku teruja? Atau aku sudah lama terputus dari dunia muzik yang 'melalaikan' ini? :P
Atau aku masih memuja muzik lama? Muzik yang dihasilkan oleh generasi/band sekarang tidak cukup bagus untuk mengujakan aku? Dan Sebenarnya Yuna langsung aku tak teruja. Sebab aku teruja sangat dengan PJ Harvey ke? tak mungkin. Dan Sebenarnya Yuna itu biasa saja? mungkin. Atau aku belum nak menikmati Yuna. Muziknya.
Aku rasa, mungkin sebab aku sendiri yang ada masalah 'selera'.
Itu sahaja.
*************************************
Aku nak update status kat fesbuk banyak-banyak hari ini.
Mungkin 10 kali.
Aku nak tau bagaimana rasanya mengupdate status banyak-banyak dalam sehari difesbuk.
Rasa 'connected' atau Cornetto?
Monday, June 29, 2009
Friday, June 19, 2009
Layla Kathija
Aku mulakan blog LKNY ketika Layla Kathija berumur 2 bulan setengah. 3 tahun yang lalu.
Sekarang Layla Kathija, gadis kecil berambut panjang dan sedikit kerinting, suka membaca buku, bermain, bercakap, menyanyi, bercerita, pergi The Curve, bookstore, cukup susah nak tido awal atau bangun awal, bergaduh-gaduh nak mandi pagi, pandai melawan, agak degil, sunyi takda kawan- akibatnya aku jadi mangsa terpaksa ikut apa karakter yang dia nak,seperti jadi pesakit,dia nak jadi doktor, lalu buat pemeriksaan kat badan aku- "ayah demam?" Atau jadi pelanggan kedai mamak, dia jadi boss dan tanya aku "boss nak makan apa?"
Kadang-kadang dia kata " Takda sapa nak main dengan Layla" atau "Kenapa Layla takda Kakak dan abang? Layla nak kakak dan abang!" (adus! kakak? adik boleh la minahhh!)
Sesekali, Layla Kathija kencing malam. Habis cadar dan tilam. Dia steady je. Dia bijaksana. Tak mahu pakai pampers dah.
Sesekali juga dia akan kene rotan. Dia cukup takut dengan rotan. Baru gertak nak ambil rotan, dia dah meraung. Kerana dia tau rotan tu sakit. Dia dah kene! hehe.
Sunday, June 14, 2009
Kembali ke sekolah
Cuti sekolah dah habis. Kerja rumah baru semalam buat. Kerja rumah matematik baru buat pagi tadi... tiru kawan punya! Nak buat sendiri kat rumah, tak reti. Kene buat masa interval. Time cuti bukan takda sapa nak tolong..cuma sibuk main. Masa cuti,kita cuti la..masa belajar, baru belajar. Kasut tak berkapur.. atau kapur masih basah. Heh, antara perangai tak senonoh masa sekolah rendah.
Masa sekolah menengah pulak, nak kene balik asrama.
Nak jumpa Kamel Tonggek (Ketua Warden) yang gila glamer.
Kamel Tonggek kantoikan aku (bersama seorang kawan bernama Hanizal Hassan a.k.a Acai), baca Magazine Kerrang di bilik basuh jam 11.00 malam. Esoknya buat pengumuman semasa perhimpunan pagi dihadapan semua pelajar dan guru. Kata aku menyalahgunakan lampu di bilik basuh dengan membaca 'bahan lucah' , hanya kerana ada gambar Mille Petrozza (Kreator) mengangkat baju peminat perempuannya sampai paras buah dada.
Kamel Tonggek tahu itu magazine metal. Tapi dia gila glam. Kalau glam rock, aku tahan lagi dan akan support dia. Ini suka glamerkan diri, konon-konon sentiasa cekap menahan pelajar lakukan kesalahan. Kamel Tonggek bukannya nak nasihatkan pelajar atau didik pelajar jadi berdisiplin, tapi, selagi boleh kantoikan, dia akan kantoikan. Dia akan glamer di perhimpunan dalam dewan besar. Pengetua akan tahu dia buat kerja tiap malam di asrama. Kamel Tonggek suka malukan pelajar. Buktinya, dia dah malukan aku dan Acai. Apa salahnya dia terus bawa kes aku ke Pengetua? Ini tidak!
Dipendekkan cerita, aku dan Acai tidak dipanggil kehadapan perhimpunan, nama kami juga tidak disebut sebagai pelajar yang kantoi itu... TETAPI diminta tinggal di dewan besar selepas perhimpunan tamat. Bijak Kamel Tonggek kerana amalan perhimpunan pagi di sekolah agama, pelajar lelaki keluar dahulu dari dewan, baru diikuti oleh pelajar perempuan, jadi bila semua pelajar lelaki habis keluar, sapa tinggal? Ya! Pembaca 'bahan lucah' yang tinggal- aku dan Acai berdua di barisan pelajar lelaki tingkatan 3. Satu dewan ketawa kecil. Gadis-gadis pelajar dan guru-guru perempuan semua tersenyum-senyum dan berbisik-bisik.
Dari lantai dewan aku nampak Kamel Tonggek tersenyum puas di atas pentas. Senyumannya sangat berbeza dari guru-guru lain. Sebijik macam Jack Nicholson dalam film The Shining. Senyuman horror+annoying.
Dipendekkan cerita lagi, aku dibawa mengadap Timbalan Pengetua. Aku tak ingat namanya. Dia gila hoki. Dia selalu berbangga dengan sukan hoki. Dia lulusan orang putih, bukan arab. Bila dia membelek-belek majalah Kerrang tersebut, dia berkata;
"Ini bukan majalah lucah!"
Timbalan Pengetua membebaskan aku dan Acai, tapi Kamel Tonggek tak puashati, dia mahu aku dan Acai membakar majalah Kerrang tersebut di tempat parking kereta sambil disaksikan oleh berpuluh pelajar lain dari dalam kelas. Aku terpaksa ke makmal sains untuk mengambil turpetine ke apa ntah, bahan bakar yang sesuai kerana lighter sahaja tak mampu membakar Majalah evil Kerrang yang 'glossy paper' itu.
AKu masih ingat semua memori itu dengan jelas. Juga panggilan baru aku selepas kejadian itu. Hanya pelajar form 4 sahaja yang berani panggil aku dengan nama itu.
Aku dan Acai tak bersalah kerana kami bukan membaca 'bahan lucah'. Majalah Kerrang adalah sebuah majalah muzik metal dari oversea. Kami juga telah dirotan (tapak tangan) semasa dibilik basuh. Timbalan Pengetua juga kata majalah itu bukan bahan lucah. Kami membaca dibilik basuh kerana semua lampu di dorm telah pun ditutup. Magazine itu bukan kepunyaan aku atau Acai...aku tak ingat dah sapa tuan punya, tapi mamat tu baru beli masa balik hostel tadi dari kampung. Akibatnya aku dan Acai kene bayar ganti rugi semula kepada mamat tu (dalam RM20 kot harga masa tu).
Kamel Tonggek terus berleluasa menangkap dan mengkantoikan pelajar. Mungkin dia tak suka duduk rumah malam-malam. Gatal je dia nak berjalan di asrama lelaki. Adakah dia....? hmm..?
Itulah antara pengalaman aku semasa bersekolah menengah. Ada banyak lagi.. antaranya menjadi wakil sekolah dalam sukan SEA ke 15 dalam acara 'bola stokin'. Itu aku kantoi dengan Ustaz Kamel Janggut. Aku dan 5 pelajar lagi.. Azlantun, Amin Ludin..sapa ntah yang lain.
"Anta ngaku tak anta ni lembu??" Jerit Ustaz Kamel Janggut.
Sapa nak ngaku ustaz oiii.
Sampai sekarang aku phobia dengan nama K A M E L. Seorang janggut seorang lagi tonggek. Nama gelaran yang dibagi oleh pelajar2 semua.
Aku masa form 3. Acai paling kiri, Azlantun tengah hadapan. Kami dulu lagi dah pakai seluar ketat sebelum mat indie pakai sekarang. Gambar dicedok dari fesbuk member yang tag aku.
Nota Kaki:
1. Kamel Tonggek tidak pernah masuk mengajar dikelas aku. AKu pun tak tau apa subjek dia ajar.
2.Majalah Kerrang sekarang takda extreme macam dulu. Band-band yang masuk Kerrang pun dah tak extreme jugak. Aku dah beralih kepada majalah Revolver. 100% metal!
3. Acai buat band metal bersama Adik Bollocks pada tahun 1990 bersama Din mayat.
4. Aku akhirnya dapat berjumpa dengan Mille Petrozza bersama KREATOR semasa mereka perform di KL beberapa tahun lepas.
5. Nasib baik di Malaysia kes saman guru tak begitu popular.

Aku masa form 3. Acai paling kiri, Azlantun tengah hadapan. Kami dulu lagi dah pakai seluar ketat sebelum mat indie pakai sekarang. Gambar dicedok dari fesbuk member yang tag aku.Nota Kaki:
1. Kamel Tonggek tidak pernah masuk mengajar dikelas aku. AKu pun tak tau apa subjek dia ajar.
2.Majalah Kerrang sekarang takda extreme macam dulu. Band-band yang masuk Kerrang pun dah tak extreme jugak. Aku dah beralih kepada majalah Revolver. 100% metal!
3. Acai buat band metal bersama Adik Bollocks pada tahun 1990 bersama Din mayat.
4. Aku akhirnya dapat berjumpa dengan Mille Petrozza bersama KREATOR semasa mereka perform di KL beberapa tahun lepas.
5. Nasib baik di Malaysia kes saman guru tak begitu popular.
Friday, June 12, 2009
Ababil
Aku perlukan cahaya mentari pagi. Dah 3,4 hari aku tak menikmati mentari pagi. Matahari ada, tapi bukan disebalik rimbunan pepohon hijau atau terlindung dek ketinggian Block Kondominium, tetapi kelam-kelam kelihatan jauh setinggi pohon kelapa disebalik jerebu yang tebal.
Aku bukan di Manchester atau di Kutub tetapi Petaling Jaya. Aku tak sesuai dengan keadaan cuaca begini. Kelam. Gloomy. Tiada cahaya matahari dan bayang-bayang. Aku mahu bayang-bayang. Aku mahu panas mentari. Biar basah dahi berpeluh bila berjalan dikawasan tapak bina. Bukan melekit kerana bahang.
Aku mahu bergaya dengan kacamata Rayban Limited Edition yang terperuk dalam kereta.
Aku mahu Hujan. Hujan batu, hujan air atau hujan band. Jika Hujan batu,aku lari. Jika Hujan air, biarlah lebat selebatnya. Biar hilang semua jerebu. Biar basah tanah yang kontang. Biar dicucinya kotoran terampai. Biar terang langit. Biar basah baju mahal yang tergantung diampaian balkoni. Biar. Janji esok ada cahaya mentari.
Jika Hujan Band, aku nak mereka menyanyi.Panggil hujan.
Cuaca begini bawak penyakit. Rakyat Malaysia ramai pulak yang sediaada sakit. Sakit badan, jiwa, kepala, otak dan hati. Ini zaman memang zaman penyakit. Zaman je senang tapi manusia susah. Dulu zaman susah tapi manusia senang. Makan senang, penyakit tiada yang serius.
Sekarang? Penyakit pun cepat datang. Makan pun sangat mahal.
Aku nak keluar daerah hujung minggu ni. Nak bawak Layla main layang-layang kat Selayang pun tak sesuai. Nak balik kampung, aku takut hari ahad nanti highway jem. Cuti sekolah habis. Macam Ahad lepas. Gabungan cuti sekolah dan orang kawen, sesak highway!
oklah. ini namanya membebel tanpa tujuan.

Tuesday, June 09, 2009
Fear and Loathing in Khao San Rd - Sir Jeffrey Archer
Budaya membaca sangat tinggi di Khao San Rd. Mungkin juga di semua kawasan lain yang menjadi tempat tumpuan pelancong orang putih. Semua orang kelihatan sedang membaca buku, atau sekurang-kurangnya ada membawa buku.
Kedai-kedai buku bersepah. Second hand dan juga baru. Pada harga yang sangat murah (jika dibandingkan dengan harga buku di Malaysia)
Pidda beli sebuah buku Jeffrey Archer berharga RM7. Dia suka dan banyak buku Jeffrey Archer. Sapa mamat ni? mesti buku cinta-cinta ni.Aku tak ambik port pasal penulis buku cinta-cinta ni. Aku juga tak fikir aku nak membaca bila berjalan.
To Cut A Long Story Short aku dah suka gila dengan Jeffrey Archer!
Habis baca sebuah buku di Khao San rd dan bila balik, terus mengadap koleksi Jeffrey Archer kepunyaan famili Pidda.
Budaya buku dan membaca secara extreme juga terdapat di Langkawi. Sekitar Pantai Cenang tu penuh dengan aktiviti membaca. Banyak restoren, motel dan kedai menawarkan buku secara murah atau pinjaman atau bertukar-tukar secara 'system barter'. Ianya sangat mengujakan.
Budaya membaca langsung tidak terdapat disepanjang pantai Port Dickson. Dari batu 1 sampai batu 12, Blue Lagoon, tiada seorang pun kelihatan sedang membaca buku. Kedai buku pun takdo. Orang putih? Kali terakhir pelancong orang putih sampai ke Port Dickson ialah sekitar tahun 1887! Kalau aku jumpa orang putih di PD, aku akan tanya dia, "apo ekau buek kek sini, Jang?"
PD dah terlebih develop. tiada pantai yang indah dan bersih. Kondo dan hotel banyak la. Aku tau. Aku 'regular' kat sana. :P
Tempat tumpuan pelancong yang lain, di Malaysia, aku tak tau. Di Penang, aku tak perasan sangat. Mungkin bau kari terlalu kuat dan mata nak terlelap aje sebab makan nasi kandaq. Tapi aku rasa mungkin ada juga.
Dean Koontz best ke?

Thursday, June 04, 2009
Cincang Petang
Siapa Chin Peng?
Kenapa dia tak boleh kembali ke Malaysia, Setiawan Perak tempat lahirnya?
Siapa lagi yang bersifat kejam atau pernah bersifat pemusnah di Malaysia ini atau negara lain tetapi terkecuali dari 'kemelut' atau 'sentimen' seperti Chin Peng?
Kenapa Jepun yg pernah memerintah Malaya, juga kejam, tetapi boleh kembali ke Malaysia?
Benarkah PKM ada menyumbang terhadap kemerdekaan tanahair?
Perlukah kita terus mengingat sejarah dan beremosi atau terus kehadapan dan ekualiti?
Siapa benar dan salah?
Apa peranan anda sebagai rakyat Malaysia?
Apa pendirian anda? bincang-cincanglah.
*********************************************
Siapa Akhil Hayy?
Kenapa dia tidak kembali ke rumahnya, melihat anak bini?
Lelaki jenis apakah yang meninggalkan isteri dan anak?
Benarkah beliau seorang Ustaz? Bertauliahkah dia? Apakah benar beliau lupa diri kerana glamer? Kenapa Jamal Abdillah yang lagi hebat 'kesnya' tapi sentiasa mendapat peluang untuk bertaubat?
Siapa Waheeda? Wassini? Wassup?
Apa pendirian anda? Cincang-cincanglah.

Kenapa Stadium runtuh?
Kontraktor nak siapkan kerja cepat.
Salah Arkitek! dia design tak mau tiang pada bumbungnya. Arkitek ini ada egonya, tak mau designnya diubah2 sesuka hati. Engineer jugak yang kene sign structure tu. Semua salah. Engineer,arkitek, JKR, FAM, Chin Peng, Dugong dan raksasa.

Kenapa Jaya Supermarket runtuh?
Kontraktor nak siapkan kerja cepat.
********************************************
Kenapa Gareth Barry (Aston Villa) pergi Manchester City dan reject offer dari Liverpool dan Rafa Benitez yang dah mengejarnya dari dulu lagi?
Sebabbbbb......
ehehehe..
Cincang-cincanglah...

Monday, June 01, 2009
Fear and loathing in Khao San Rd - 1
Tiada apa yang menarik di kota Bangkok. Sama macam KL atau Singapore saja. Jem, skytrain, shopping mall dan demonstrasi jalanan (secara kecilan)
Semua tu ada di KL.
Khoa San Rd terletak kira-kira 20 minit perjalanan menaiki teksi dari Kota Bangkok.
Di Khao San rd, sangat laid back. Macam duduk di pulau. Tiada apa mahu dikejar. Hatta, hari siang pun tak mengejar malam dan malam pula tak hilang ditelan kegelapan. (ewah) Yang ada di sini hanyalah kegembiraan. Keterujaan 'backpackers' dari seluruh dunia melepak di cafe bercerita tentang 'travelling' mereka.Melepak adalah aktiviti utama sambil merancang perjalanan seterusnya. Khao San Rd adalah pusat hentian utama 'backpackers' dari seluruh dunia untuk melawat Asia Tenggara.Membaca buku dan hidup gembira. Masalah? telah mereka tinggalkan di negara masing-masing.
4 hari disana lebih daripada cukup. Shopping, melawat Wat dan 'floating market', tempat bersejarah dan aktiviti lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)