Friday, July 24, 2009

Dimana patriotik dalam sukan bolasepak?

Aku dapati ada beberapa komen di fesbuk dan juga blog memperkatakan tentang semangat patriotik pada perlawanan antara Manchester United vs. Malaysia tempoh hari.
Mereka mempersoalkan dimana penyokong Malaysia dan kenapa hampir 85,ooo manusia yang hadir hari itu menyokong Manchester United.

Aku tak faham kaitan patriotik dengan semangat kesukanan, sekurang-kurangnya dalam kes bolasepak Malaysia dan Manchester United la.

Tapi, sepanjang aku berada 3 hari di Bukit Jalil menyaksikan perlawanan bersejarah hari itu, aku mendapati sokongan kepada pasukan Malaysia sangat padu. Cuma takda la seorang pun manusia menjerit bila nama Amri Yahya disebut oleh MC, berbanding dengan nama Rooney. Tetapi apabila Amri Yahya menjaringkan gol, kekuatan decibel jeritan penyokong adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan sorakan ketika Rooney score.

Aku tak nampak langsung isu patriotik dalam kes Man Utd vs Malaysia. Apa yang aku nampak ialah semangat kesukanan yang tinggi antara pemain dan penonton dan semua berpuashati dengan perlawanan yang berlangsung. Muhibbah jangan cakap la, berbagai bangsa dan agama ada.

tak sampai 10 orang pakai baju kuning Malaysia

Daripada pemerhatian aku juga, 100% penyokong Manchester United yang hadir malam itu memakai jersi asli buatan Nike sementara 90% penyokong Liverpool di Malaysia membeli jersi palsu 'Made in Siam' yang tertulis 'Liverpool FC' di bahagian tengah jersi, bukannya 'Carlsberg!'

Tapi, itu cerita lain. Itu cerita 'marketing', Islam Hadhari dan sebagainya.

Tuesday, July 21, 2009

Manchester United masih disini.

Aku bersyukur tinggal di Malaysia. Setakat ini belum ada kejadian meletupkan bangunan gaya terrorist. AKu sedih dengan apa yang berlaku di Jakarta, juga apa yang berlaku didalam negara ini, secara politiknya. Terlalu berat untuk aku memikirkannya dan siapa aku untuk mengolah pertikaian fahaman mereka semua.

Terlalu kejam apa yang berlaku di Jakarta. Banyak nyawa tak bersalah (bukan tak berdosa) hilang. Apapun, ada hikmah disebalik semua itu.

****************************

Perlawanan ke 2
Manchester United 2 - 0 Malaysia.

Aku tak merancang nak pergi sangat sebenarnya game ke 2 ini, sebab penat dan Pidda balik keje lewat. Jam 7.30 malam, baru kitaorang sampai rumah. Kepenatan, aku bukak TV channel 811. Perlawanan ulangan sabtu lepas berlangsung di TV. Setelah tengok sampai minit ke 84, Owen score, terus aku dan Pidda set, nak pergi Bkt. Jalil lagi sekali! Gila!

8.20 malam, aku baru masuk Penchala Link. LK akan saksikan perlawanan bolasepak pertamanya secara live, dan perlawanan pertamanya adalah antara MU dan Malaysia! Aku tak nak naik tren sebab ada LK, jadi aku bawa kereta, Aku juga yakin, traffic ok, stadium tak penuh dan parking juga akan ok. Sabtu lepas, dari utara sampai selatan orang datang, Hari isnin ni, peminat sekitar Selangor saja la yang larat pergi.

Dari Penchala Link, aku masuk Kerinchi Link, keluar Federal Highway, masuk Cheras Highway, melompat ke Sg Besi dan sebelum sampai Tol Sg. Besi aku menyusur keluar memasuki Kesas Highway terus parking di pintu utama Stadium Bukit Jalil. Tak sampai 20 minit. Ketika aku berjalan diluar stadium ke kaunter tiket, aku dengar penonton bersorak setiap kali nama pemain United disebut. Makno eh, game bolum start lagi. phew!

Beli tiket dan aku jumpa kawan aku dari Sedaka Tengah, MR Pon, kami pun masuk. Amri Yahya dengan satu kaki memijak bola, satu tangan cekak pinggang dan satu tangan lagi melambai kat aku. Pengadil pun sama, aku angkat tangan balik dan angguk kepala, lalu wisel ditiup untuk sepak mula.

Scholesy warm up

Giggsy ambik tendangan sudut.

Aku duduk ditepi goal post sebelah Malaysia. Jadi setiap serangan Man U, aku dapat saksikan dengan baik. Permainan pula berat sebelah, Man Utd lebih banyak meyerang, macam main separuh padang. Sesekali ada juga Malaysia cuba membalas serangan, TETAPI TIDAK!
Barisan pemain Man Utd nampaknya seperti langsung tidak mahu memberi peluang kepada Malaysia. Mungkin mereka sudah mendapat rehat yang cukup berbanding sabtu lepas-masih jet lag kerana baru sampai atau Pak Alex hangin dengan kenyataan Amri Yahya dalam suratkabar ahad lepas berbunyi ;

"Saya tahu gaya Van Der Sar" - Amri Yahyah.

Gandingan Carrick, Fletcher dan Giggsy menguasai sepenuhnya bahagian tengah padang. Gandingan pertahanan Malaysia pula kelam kabut menangkis serangan. Fletcher nampaknya
berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Malaysia. Begitu juga Macheda. Hasilnya, pada minit ke 10 dan 13 Macheda dan Owen menjaringkan gol. Jika tidak kerana ketenangan Zamani, kapten Malaysia bertahan, mau banyak lagi bolos Malaysia.

Aksi selepas jaringan Macheda

Giggsy melakukan dribble-nya yang megujakan 40 ribu peminat Manchester United yang berbaju merah menjerit kepuasan. Layla Kathija tepuk tangan gembira. Feltcher pula menolak AMri Yahya kerana tackle keras dan Rooney membentes keras seorang pemain Malaysia. Sepatutnya Rooney kene kad kuning kerana aksi kerasnya itu, tetapi pengadil meneruskan permainan. Rooney juga menolak keeper Malaysia kerana ketika merebut bola tinggi, siku penjaga gol telah terkena telinga Rooney, lalu Rooney bengang dan menolak bahu Mohd Farizal Marlias. Aku teruja dengan aski rudeboy-nya itu.

Malaysia melakukan beberapa serangan dan percubaan merbahaya disaat-saat akhir perlawanan. Ben Foster terpaksa berkerja keras menangkis percubaan Malaysia sebelum pengadil meniup wisel tamat.

Aku tak tunggu sehingga pemain United habis 'warming down' sebab LK dah melalak nak balik!! Ubat penenang (ais krim dan burger) yang aku bagi masa half time tadi nampaknya dah habis kesannya.
(Bila aku kunyah burger yang dijual di stadium, rasanya saling tak tumpah macam kunyah kadbod)

**********************************

Aku puashati dapat ke stadium 3 kali. Jumaat, sabtu dan isnin. Bukan selalu pun Manchester United datang Malaysia. Inilah masa nak tengok Giggsy, Scholesy, Neville, Van Der Sar dan yang lain kerana mereka ini bakal bersara. Akan datang, Man United datang Malaysia , Giggsy semua tu dah tak main lagi. Aku lihat Scholes dan Neville diwaktu mereka baru masuk pro dan diakhir zaman pro mereka jadi aku rasa sangat emosional. (tak habis emosional dgn Man united!)

Menambah emosional aku, botol air aku bawak kene tahan dipintu masuk stadium sebab penganjur nak penonton beli air dari sponsor mereka sahaja.

dan, tolong jangan tak percaya, bila MUTV interview aku selepas game, Pidda lupa nak snap gambar sebagai bukti, sepanjang memandu ke rumah aku hantuk kepala kat stereng tanpa henti.

Arghhhhh!!! aku emocore!


Krew MUTV yang tiba-tiba halakan kamera kat aku dan tanya "so,what do u think about the game tonite?"

Gembira dapat makan nasi lemak stadium!



Lagi berita bergambar di fesbuk! (lum upload la.. )

Sunday, July 19, 2009

Manchester United 3 - Amri Yahya 2.

17/07/09 . Training session.

Jumaat aku half day. Boss aku yang sokong Chelsea takda masalah melepaskan aku balik awal.
Sememangnya terlalu jauh terbukanya minda penyokong kelab bolasepak didunia ini jika tidak menyokong Liverpool. Dunia mungkin akan lebih aman. Tiada peperangan dan kemiskinan.

Jiwa aku tak tenteram sepanjang kutbah jumaat di mesjid tengahari itu. Bukan kerana terlalu excited nak ke Bkt. Jalil, tetapi memikirkan betapa tenang dan murni dunia ini tanpa penyokong Liverpool. :P (hello Shah! hehe)

Selepas berjaya meloloskan diri dari pandangan Layla Kathija yang sibuk bermain dengan kazen2nya, aku dan Pidda berangkat ke stesen tube Tasik Permaisuri. Naik tren yang penuh sesak dengan penyokong Manchester United membuatkan aku emosional. Teringat nostalgia 1995!

Sekitar 45 ribu penyokong Manchester United berada didalam stadium menunggu pemain United keluar memanaskan badan. Matahari betul-betul berada dibumbung stadium memancar terik ke muka aku dan pidda serta separuh stadium. Bila pemain Malaysia menamatkan latihan mereka dan masuk ke bilik persalinan, pemain United pun keluar, disambut oleh sorakan dan pekikan ..
"Rooney! Rooney!".
"Owen! Owen!"
"United! United!"

Klimaks!
Serius aku kene beli lensa macam bazooka tu!

Akitiviti diluar stadium selepas selesai berlari bersama Rooney memang banyak, gerai dan permainan. Macam pesta la, tapi semua aku tak pergi kerana aku dah berada betul-betul depan stage yang disediakan oleh Stadium ASTRO. Wicked Aura Batucada sedang perform. Gila best band ni! Semua orang betul-betul enjoy tengok mereka. Memang mengujakan! Kira- kira jam 8 malam, Zainal Abidin Rawop datang menghentikan show mereka.... kerana menghormati waktu maghrib. Wicked Aura Batucada

18/7/09 . Perlawanan Epic.

Aku sampai ke stadium Bukit Jalil (yg dah macam Old Trafford) pukul 4.45 petang. MERAH. Itulah warna 'lautan manusia' dari stesen Star sehingga ke stadium. Bising, bersemangat dan macam biasa, mengujakan. Jika semalam sekitar 45 ribu, hari ini jadi 85 ribu. LAPAN PULUH LIMA RIBU penyokong poyo Manchester United bertandang ke Bukit Jalil ingin menyaksikan pasukan yang mereka cintai dan sanjungi bermain menentang pasukan kebangsaan Malaysia.

Dari ceruk rantau Malaysia, Singapura dan Thailand, berbagai bangsa dan warna kulit, agama dan kefahaman, berkeluarga dan kawan-kawan, atuk,nenek cucu cicit, semua ada! Semua memakai baju United,jersey dan berbagai aksesori United. Yang menariknya, ada peminat Liverpool pun sama datang memakai jersey Torres, Owen dan sebagainya. Semua berjiwa sukan yang tinggi...

Juga beberapa kerat memakai baju skuad harimau,...auuuummmm Malaysia!

Bersesak-sesak memasuki pintu stadium yang direka khas untuk menyusahkan keadaan, aku tiba-tiba terbayangkan, alangkah bestnya kalau setiap kali berlangsung perlawanan liga Malaysia, suasana begini akan berlaku di stadium. 80ribu saksikan perlawanan NS menentang Kedah bukan 2 ribu seperti selalu di stadium Paroi.

Perlawanan dimulakan dan Malaysia mendapat peluang melalui tendangan percuma diminit ke 5 (lebih kurang) dan satu stadium bersorak "Malaysia! Malaysia!" Jelas, walau jiwa telah mereka jual pada setan merah,hati mereka masih lagi milik Malaysia! Bravo! Nampaknya, kedua-dua pasukan mendapat sokongan yang seimbang dari penonton. Bila Rooney menjaringkan gol pada minit ke 8, stadium bergegar! Dan bila Nani menambah jaringan pada minit ke 27 lalu melakukan trademark summersaultnya, makin histeria penyokong.

Sesekali Malaysia menyerang, tetapi seperti tidak ada idea, lalu bola samada hilang dari kawalan atau mencuba dari jauh dan tersasar. Pemain tengah tidak dapat atau gagal membaca pergerakan Amri Yahya. Amri cuba mengelirukan pertahan United dengan berlari kekiri lalu membuat turning dan berlari semula kearah kanan, tetapi pemain midfield telah pun menghantar bola kekiri.... sepatutnya mereka mestilah pandai membaca pergerakan masing-masing dan membuat hantaran tepat.

Amri Yahya membuat satu percubaan 'tamak' dari jarak 30 meter dari gawang dan tersasar kira-kira 10meter. Satu stadium bangun memaki dan menjerit!

"passing la dulu bangangggg!!!" jerit satu brader.
"rambut je panjang macam yahudi! tapi bangangggg!" jerit seorang lagi. sahut menyahut maki-makian aku dengar. Standard di stadium seluruh Malaysia sebenarnya.

Tiba-tiba Amri melakukan satu volley luarbiasa, satu stadium tergamam menyaksikan bola itu melambung dan menjunam melepasi Van Der Sar sebelum serentak melompat dan menjerit "GOLLLLLLLL!!!!!"

Paling kuat menjerit gol,brader yang kata yahudi tadi la.
Waktu rehat, layan panorama kat luar pulak 7 7 7 20 7 7-pix ceduk fesbuk fara lala

Selepas itu Amri Yahya menambah jaringannya pada masa kedua apabila pertahanan United membuat passing ke belakang ke arah Ben Foster, Amri meluru dan melorongkan bola ke gawang. klasiiikkk!.

Man United baru terasa seperti 'perlu bermain' bola semula. Mereka tak mahu seri atau tewas, lalu mula bermain dengan laju. Apabila Owen dan Giggs hendak dimasukkan, satu stadium bersorak "Owen! Owen!" nampaknya kehadiran Owen dalam pasukan United diterima baik oleh penyokong Man United di Asia.

Giggsy paling fancy dengan backheel passing dan lariannya. Apabila Macheda bertembung dengan panjaga gawang Malaysia, Owen merampas bola lalu melorongkan bola,rendah ke gawang Malaysia dan.... satu stadium orgasm beramai-ramai! memang macam dirancang, Owen menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 84, sesuai menjadi hero penyelamat baru kepada United.

Aku pun heran gak, semua suka Owen!


Layan gambar kat fesbuk utk berita secara bergambar lain.

Tuesday, July 14, 2009

Aku dan Manchester United. Kenangan 1995

Manchester United akan datang bertandang ke Kuala Lumpur Jumaat ini. Menguji kesebelasan utama negara, sementara kesebelasan utama negara pula diberi peluang menguji but dan baju baru serta jangka hayat jurulatih mereka, Rajagopal bersama FAM.

Seingat aku ini kali ke 3 MU datang Malaysia. 1995,2004 dan sekarang, 2009. 2007 sepatutnya mereka datang, tetapi dibatalkan atas sebab gangguan dari AFC. Aku hanya pergi pada tahun 1995, di stadium Shah Alam. Ketika itu Eric Cantona adalah wira United sementara Beckham baru sahaja grad dari akademi bersama Scholes, Nevilles, Butt dan lain-lain. Masih anak ikan lagi status mereka. Belum popular la.

Aku masih ingat, ketika itu aku berkerja di Seremban. Aku berjumpa dengan Jurutera aku memohon perlepasan balik awal pada hari tu, kerana aku mahu ke Shah Alam. Dia reject form aku. Dekat aje Shah Alam tu,katanya. Memang dekat ,tapi aku naik bas la %*&%! (masa tu aku tak berkereta lagi) bila aku selidik, jurutera itu penyokong Liverpool rupanya..tak sia-sia aku kata dia &*%)(&%(!. Dipendekkan cerita, aku blah lebih awal dari waktu yang aku pohon. (aku minta balik jam 4 petang, di tak bagi, aku balik jam 12 tengahari!)

Sampai di bus stand Klang, (tempat utama pertukaran bas dizaman itu) aku tercari-cari bas ke Shah Alam. Sedang aku 'tercangak-cangak' sebuah bas Sri Jaya, yang penuh dengan setan merah, menjerit-jerit suruh aku naik bas mereka. Nasib baik aku pakai tshirt tulis "Double Winner 1992". Bas yang penuh dengan setan merah sahaja! Bas bergerak perlahan ke Shah Alam sambil kumpulan setan menyanyi kuat lagu-lagu puja setan. Sekumpulan geng Black metal CM yg puja setan pun masa tu tunduk jer ngan kitaorang. Memang happening!

Sampai di Shah Alam, aku terpinga-pinga carik tempat jual tiket pulak! Masa tu internet takda, tiada online booking. Setelah bertanya dengan security, baru aku jumpa tempat jual tiket. Hari masih siang ketika itu..sekitar jam 6.30 petang. Ini kali pertama aku ke stadium Shah Alam. Bosar kemain!

Setelah membeli 2 tiket berharga RM20 satu, aku tersenyum kepuasan. 20 hinggit masa tu besar, beb. Boleh hidup seminggu kat seremban.

Malam tu, Manchester United kalahkan Pilihan Selangor 4-1 (Steve Bruce 48, Nicky Butt 55, Gary Pallister 64, Lee Sharpe 76) Kebanyakan gol dari Man Utd adalah kerana tertendang ke gawang Selangor. Kalau betul-betul try, gerenti la gol. :P Sepanjang 20 minit terakhir, mereka hanya berlatih 'passing' sahaja tanpa membuat percubaan ke gawang Selangor.

Scott Ollerenshaw menjaringkan 1 gol yang sangat mengujakan untuk Pilihan Selangor. Peter Schmeichel terbang, cuba menyelamatkan gawangnya, tetapi sepakan Ollerenshaw rendah terkena tiang gol, dan bola masuk ke gawang. Bagai nak runtuh stadium bergema dengan sorakan The Red Giants. Klasikkk!

Ternyata Scott Ollerenshaw memang sesuai dinobatkan sebagai antara pemain import terbaik semi-pro!

Senarai pemain Man Utd yang bermain pada malam itu:-

01 Peter Schmeichel, 02 Paul Parker, 03 Denis Irwin, 04 Steve Bruce, 20 Gary Neville, 06 Gary Pallister, 22 Paul Scholes, 19 Nicky Butt, 09 Brian McClair, 16 Roy Keane, 05 Lee Sharpe, 24 David Beckham (Paul Scholes), 23 Phil Neville (Paul Parker).

Semuanya berstatus LAGENDA sekarang ini. Eric Cantona tak datang sebab masih lagi digantung kerana buat aksi kung fu kick, sementara Ryan Giggs pula cedera. The towering two, Pallister dan Brucey sangat bagus masa dulu. Irwin pulak, legenda bek kiri. Bukan lawan Evra. Keano? Lee Sharpe.. arghhhh.. (klimaks!)

Aku sangat berpuashati kerana berjaya menyaksikan pemain United secara live dan barisan pemain yang sama pula terus menjuarai EPL hampir setiap tahun dan seterusnya Treble pada 1999! whoaaa! - syok sendiri :)

2009/2010!

Walaubagaimanapun, aku sangat emosional kerana ketiadaan C.Ronaldo dan Tevez dalam Manchester United lagi. Aku betul-betul sedih. Aku ingat dapat la berlatih free kick dengan C.Ronaldo, tapi dia telah 'tiada'.


2 Tiket dan training pass yang aku beli dihari Man Utd kalah pada Barca final eropah di Nike Cineleisure.

Jumaat ini, aku kene berlatih dengan Rooney pulak. Mungkin Owen akan ada sekali. Sir Alex Ferguson cukup cemas bila dia baca di Utusan Malaysia (secara online) yang Amri Yahya telah kembali ke skuad Malaysia. Dia minta aku beberapa tips untuk Nemanja Vidic, bagaimana nak mengekang Amri Yahya. Nampaknya aku kene berlatih dengan Vidic dan van Der Sar jugak.

Harap-harap Malaysia menang!


Malaysia!!!!

Monday, July 13, 2009

NEO DAMANSARA

100% sold. Open for rental/sub-sale.

Location,location,location.


Projek Neo Damansara dah selesai (phase 1). CF akan dapat minggu ini. Official opening (mungkin oleh DPM) on 6th August 2009. Semua unit telah dijual. Sekarang ramai orang masuk nak menyewa. Nak bukak kedai makanan,kebanyakannya.

Tempat ni pasti boom!

Friday, July 10, 2009

Terdampar kelemasan ditepi kolam renang

Maaf, aku sibuk kebelakangan ini, tak sempat nak update.... - (aku selalu tengok blog yang penulisnya meminta maaf macam ni)

Apa musim minta maaf?

Tapi, takpa..bila aku terbaca macam tu, aku selalu maafkan. :P . Yelah, dia dah buat aku tertunggu-tunggu updatenya. Rugi megabytes aku bila masuk blog dia, masih lagi entry lama.

Nway, aku sedang dalam proses menyiapkan novel pertama aku. Karya Agung, tajuknya.
Ianya tentang kisah .... Dugong jadi-jadian.

Tunggu!!!

*********************************

Thursday, July 02, 2009

Celebration of the Lizard

Jim Morrison
(1943-12-08)December 8, 1943-July 3, 1971

Kalau Jim Morrison masih hidup, dia berumur 65 tahun.
Semestinya beliau akan add aku dalam fesbuknya. :P
Tapi dia makan apa saja yang berunsur dadah tanpa memilih.
Terus O.D./Heart failure ketika berumur 27 tahun.

Adalah lebih baik pergi baca di wiki tentang siapa itu Jim Morrison dan membaca kisah atau lirik lagunya, sajak puisinya dan juga filemnya. Aku terlalu sebak nak bercerita disini. :P


2002, Saturnalia gigs di No Black Tie, aku,mije dan mamaks (Ando-Natsu) bawak lagu Love Me Two Times versi 'blues noise sempoi pak hang!'