Thursday, November 26, 2009

Di Balik Cermin Mimpi

Aku tak pasti di negeri lain, tapi di negeri Sembilan, bila tiba Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidilfitri, akan ada acara 'bantai' atau menyembelih lembu secara besar-besaran untuk dijual dagingnya. Jika dalam perjalanan balik ke Kuala Pilah, sepanjang jalan, terutama dikawasan Tanjung Ipoh, berbaris-baris kedai menjual daging lembu. Merah tergantung daging-daging yang sedia untuk dilapah dan dijual.

Aku percaya, jika turun Sang Harimau dari Gunung Angsi dan melintas di Tanjung Ipoh, nescaya Sang Harimau akan melompat memeluk tiang lampu kerana teramatlah hairan dan terperanjatnya beliau melihat kelakuan manusia yang lebih 'gila' membaham daging. Sangkaan Sang Harimau selama ini, hanya beliaulah juara makan daging. Selama ini hanya beliaulah yang tersangat angkuh dengan kekuatannya mematahkan tengkuk binatang lain untuk dimakan. Tatkala melihat manusia-manusia lebih buas membaham daging, maka Sang Harimau pun akan terus lari meninggalkan Gunung Angsi dan mendaftarkan dirinya secara sukarela ke Zoo Negara.

Aku hanya mempersediakan diri secara fizikal dan mental untuk aktiviti membelah lemang, makan rendang dan sup gearbox. Pada raya kedua, aku nak jogging di Kuala Pilah. Sementara itu, jangan lupa kisah dan tauladan dari peristiwa korban ini dan perbanyakkanlah takbir, memuji dan bertahmid. Insyallah.

LKNY mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ADILADHA dan selamat memandu.

Monday, November 16, 2009

Jadi penagih kerana ikut kawan-kawan.

Di bangunan pejabat baru, semuanya serba baru dan berseri. Kecuali perkhidmatan internet yang sangat slow, kelajuan internet dan jumlah pengguna langsung tidak bersesuaian.

Lebih menarik, pihak HR mengarahkan kontraktor bodoh piang yang menguruskan hal-hal internet / networking untuk memblok fesbuk, Youtube, P2p, proxy blabla dan sebagainya.
Ini kerana pihak HR mendapati (dengan dibantu oleh kuncu-kuncu/spy/talibarut/anjing kompeni) ramai perkerja asyikkkkk berfesbuk. Dari budak pejabat sampai la ke Senior General Manager. Tapi aku tidak tergolong dalam 'fesbuk addict'. Aku biasa-biasa je. Layan fesbuk bila lapar.

Maka tindakan HR boleh dianggap bagus.

Mula-mula hidup tanpa fesbuk di pejabat sangat mengerikan. Macam penagih tak dapat 'barang'. Menggigil badan. Ada staff perempuan kene histeria. Seorang manager ugut terjun dari tingkat 18. Akauntan dan jabatan kewangan asyik menhantar report kewangan yang salah dan sebagainya. Semua bahana tak dapat 'barang fesbuk'.

Seorang eksekutif pemasaran, kerana terlalu gian, sanggup mengupdate status diri sendiri dengan menulis dikertas A4 dan gantung dileher. Gila tak? :P

AKu steady aje. Kerja-kerja yang selama ini asyik lewat aku selesaikan, kini sentiasa siap. Boss bagi kerja pagi, sebelum lunch aku dah pulangkan balik. Yelah..dah takda benda nak buat. Aku buat la kerja. Sampai aku dah takda kerja nak buat (sebab semua dah siap!)

Sampai la datang Ayob Kelubi bagi jalan bagaimana nak berfesbuk walau kene blok. Aku yang hampir sehat dan insaf serta ingin kembali kepangkal jalan kini kembali menagih 'barang' di fesbuk. Aku berhenti bertaubat!

Terima Kasih Ayob Kelubi!

Tuesday, November 10, 2009

LK update




Dah lama aku tak update blog. Asyik dengan blog sokernet je. Bagusnya aku tak perlu cerita pasal bola lagi kat sini. Bolehla aku hanya bercerita pasal aku dan Layla Kathija.

LK masih lagi bercerita tentang tuhan. Kenapa tuhan takda tangan? Kenapa tuhan tak tidur? "Ayah kata tuhan is great? macam great job tu ke ayah?". Entah apa la yang diajar kat Taska tu. Buat masa sekarang ni, aku tak perlu report Jais lagi, nak bertanya tentang tauliah mengajar. Masih lagi dalam kawalan.

Aku juga ada belikan LK sepasang jersi dan seluar Manchester United. Tapi setiap kali aku nak pakaikan,dia tak mahu. "Layla girl, bukan boy!" dia kata. LK hanya nak jadi princess aje.

Masa pergi Pasar Payang kat KT dulu, aku ada beli rotan untuk LK. Cukup berbaloi. Sekarang ini, kalau dia degil aje, aku akan berdiri nak capai rotan, dia pun terus insaf. Malas mandi? capai je rotan, dia berlari la ke bilik air. Rotan itu berjaya mensaiko dia. Aku tak perlu rotan pun, hanya capai aje. Sian dia.

Ofis baru ni pulak, mana punya malaun pandai sangat ke badigol sangat, dia pergi bloknya fesbuk, youtube dan social networking lain. Gila bosan!

Apapun, Jang dah jadi Juara Piala Malaysia. Berbaloi aku pergi Bukit Jalil.